Scroll to top

3 Sebab Kenapa Peniaga Kecil Perlukan Digital Marketing


Firdauz Alias - October 15, 2019 - 0 comments

Digital Marketing adalah penting untuk perniagaan kecil kerana ia membantu mendapatkan lebih banyak “leads” dan menjual produk/services anda dengan lebih cepat pada kos yang lebih rendah daripada traditional marketing.

Kalau anda nak tahu, data yang dihasilkan melalui digital marketing atau platform digital boleh membantu menaikkan perniagaan anda. 

Tapi, kenapa digital marketing sangat penting untuk peniaga-peniaga kecil pada zaman ini? Hm, bagaimana digital marketing ni boleh mengubah cara menjual dan membeli?

Ada beza ke dengan digital dan tradisional? Ha, jom Tams Idea kongsikan 3 Sebab Kenapa Peniaga Kecil Perlukan Digital Marketing.

1) Digital Marketing lebih kos savvy berbanding Tradisional Marketing

Kami faham, tak semua peniaga kecil mempunyai modal yang tinggi untuk buat marketing. Lagi-lagi dengan kos tradisional marketing yang mampu cecah harga ratusan ribu. Yelah, mana ada peniaga kecil yang mampu nak buat iklan menggunakan radio, billboard, majalah, ataupun TV kan? 

Jadi, dengan menggunakan platform digital marketing, anda dapat mengurangkan kos tapi dalam masa yang sama perniagaan anda mampu untuk pergi lebih jauh. Kos rendah, tapi efektif? Siapa tak nak kan?

2) Digital Marketing lebih dekat dengan pengguna

Sebagai pemilik atau founder kepada perniagaan, anda mesti nak lebih rapat dengan pengguna kan? Bagusnya apabila anda menggunakan digital marketing ini ialah anda boleh terus berhubung terus dengan audience melalui media sosial seperti Facebook, Instagram, mahupun Twitter. 

Dari situ anda boleh tanyakan pendapat dan minta feedback dari mereka untuk tambah baik perniagaan anda. Bayangkan kalau anda menggunakan TV atau radio, macam mana anda nak tahu siapa yang akan melihat atau mendengar tentang produk anda? Tidak salah nak gunakan platform TV atau radio, tapi dari segi kos adalah lebih tinggi berbanding menggunakan platform digital.

3) Digital Marketing fokus terus kepada target audience anda

Salah satu sebab kenapa digital marketing dah “take over” traditional marketing adalah disebabkan digital marketing boleh sasarkan terus kepada target audience anda.

Yelah, bila anda membuat pengiklanan menggunakan platform di Facebook atau Instagram, anda boleh sasarkan pada spesifik pengguna yang akan menggunakan produk anda. Peluang untuk closing pun akan jadi lebih tinggi!

Anda boleh cut cost lebih lagi sekiranya anda dah tahu siapa target audience anda. Kalau iklankan di Facebook Ads atau Instagram Ads tanpa ada target audience, ianya sama sahaja dengan menggunakan platform tradisional marketing. 

Jadi, ini antara 3 sebab kenapa peniaga kecil perlukan digital marketing. Banyak lagi kebaikan menggunakan digital marketing ni, tapi apa yang Tams Idea boleh kata, penggunaan digital marketing ini bukan sahaja  pelaburan yang bijak tetapi juga antara saluran marketing yang berkesan yang dapat membantu mengembangkan lagi perniagaan anda.

Apa yang kami boleh tawarkan? sila kilik banner dibawah!

Related posts

Post a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

CONFIDENTIAL!

Tams Idea Successful Campaign Blueprint 

Rahsia Step-By-Step Untuk Hasilkan Kempen Marketing Yang Berjaya
DOWNLOAD SEKARANG!
close-link