Scroll to top

Collateral Diaplikasikan Oleh Jenama Tempatan Bagi Menaikkan Nilai Eksklusif


Admin - November 10, 2018 - 0 comments

Collateral

Collateral merupakan istilah untuk bahan pemasaran yang digunakan bersama dengan kempen pengiklanan yang dijalankan. Kebiasaannya, Collateral sering digunakan selepas sesebuah syarikat melancarkan produk atau jenama baru. Pengiklanan “collateral” yang digunakan dalam pemasaran boleh terdiri daripada medium media digital seperti laman web dan media sosial. Manakala dalam bentuk pencetakan adalah seperti lanyard, baju-T, topi, banner, bunting, beg kertas dan sebagainya.

Kebanyakan syarikat akan menggunakan khidmat agensi pengiklanan untuk membantu dalam urusan pemasaran mereka. Hal ini termasuk dari awal proses pembikinan sesuatu produk atau jenama. Bermula dari penciptaan logo, tagline, kempen, content dan video. Apa sahaja yang menyumbang kepada promosi produk, jenama atau nama syarikat dikenali sebagai periklanan collateral.

Pelbagai Teknik Pemasaran Dihasilkan Demi Brand Awareness 

Bila sebut kedai kopi, pasti semua orang tahu bagaimana keadaannya kan? Tapi, bila nampak sahaja Starbucks, orang ramai akan terus terbayang sebuah kedai kopi eksklusif yang hanya dikunjungi oleh golongan tertentu. Sedangkan ia juga menyediakan sejenis minuman yang sama.

Mana tidaknya, Starbucks bukan hanya membuka francais di pusat beli-belah, tetapi telah berjaya ‘menakhluk’ hampir seluruh hentian rehat dan rawat serta stesen minyak di sepanjang lebuh raya negara ini. Walaupun telah dikenali, namun mereka tidak pernah berhenti untuk tetap mempromosikan jenama mereka dengan pelbagai cara dan medium.

Salah satu cara yang digunakan oleh mereka adalah teknik collateral iaitu dengan menghasilkan pelbagai jenis merchandise seperti buku nota, cawan, botol dan tumbler (bekas minuman panas & sejuk) di mana setiap designnya akan berubah mengikut musim tertentu. Para pelanggan mudah mengingati jenama tersebut merchandise itu boleh digunakan untuk harian. Perkara ini pastinya meningkatkan brand awareness .

Bagaimana Collateral Diaplikasikan oleh Jenama Tempatan untuk Menaikkan Brand Awareness

Bagi anda yang suka membeli-belah di kedai-kedai bundle, pasti anda pernah mendengar jenama Jalan-Jalan Korea, bukan? Ataupun, bagi mereka yang belum pernah dengar jenama tersebut, mungkin sekali dua anda terperasan jenama ini melalui media sosial, beg kertas, bunting, poster atau tshirt yang mempunyai logo Jalan-Jalan Korea.

 

Beg Plastik, beg kertas dan T-shirt yang dihasilkan oleh Tams Idea untuk Jalan-Jalan Korea

Inilah periklanan collateral bentuk pencetakan yang kami gunakan untuk menaikkan brand awareness Jalan-Jalan Korea. Dengan menggunakan beg plastik atau paperbag yang mempunyai logo brand, ia akan memudahkan orang ramai untuk kenal dan mengingati brand tersebut. Malah, jika rekaan merchandise berkenaan menarik, ia akan menjadi koleksi kepada pengumpul barangan.

Bukan itu sahaja, jika bentuk pencetakan yang dihasilkan unik dan memukau, ia tentunya akan menimbulkan perasaan teruja orang ramai untuk memilikinya dan mencari tahu tentang jenama tersebut.

Apabila orang mula mencari maklumat tentang sesuatu brand, pastinya internet menjadi sumber rujukan utama mereka. Disebabkan itu, Tams Idea mengambil langkah untuk memperluaskan brand awareness itu melalui medium digital yang popular seperti Facebook dan Instagram.

Laman Facebook

 

Laman Instagram

Segala bahan dalam bentuk digital seperti artikel, infografik, video mahupun grafik ini disediakan oleh Tams Idea untuk kekal ‘releven’ di media sosial. Sebarang promosi, contest atau event juga akan dipaparkan melalui medium tersebut untuk meningkatkan  engagement dengan audiences.

Video ‘Advertising’: Pelancaran Kedai Jalan-Jalan Korea (Sumber: Tams Idea)

Tams Idea juga telah menghasilkan video pengiklanan untuk menghebahkan tentang pelancaran kedai baharu Jalan-Jalan Korea pada 4,5 & 6 May 2018 yang lalu. Semestinya melalui video, orang ramai terutamanya kawasan berdekatan akan sedia maklum mengenai pembukaan kedai ini.

Hasil daripada video yang menarik, padat dan ringkas ini, ia telah mendapat :-

Capaian           : Lebih 19,000 orang

Likes                : 504

Perkongsian   : 84 orang

Sentiasa Mencari Peluang dan Mencuba Pelbagai Kaedah untuk Menaikkan Brand

Pemasaran ‘collateral’ membantu dengan cepat untuk mencapai matlamat utama sesuatu perniagaan terutamanya dari segi brand awareness. Bahan pemasaran yang dihasilkan dengan baik akan memberi kesan terhadap penonton dan akan menjadi perbualan orang ramai. Selain daripada itu, pemasaran ‘collateral’ juga akan menjadikan sesuatu brand itu mempunyai kredibiliti dan nilai eksklusif.

Para peniaga perlu kreatif dalam menaikkan brand awareness. Jangan takut untuk mencuba pelbagai kaedah untuk membuatkan jenama anda dikenali. Cuba inovasi kaedah yang sedia ada untuk menjadikan perniagaan serta brand anda nampak ‘lebih mahal’ berbanding jenama yang lain.

 

Author avatar

Admin

http://www.tamsidea.co
We are a full service digital agency, producing amazing results for our clients!

Related posts

Post a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.