Scroll to top

Dah Tahu Cara Marketing Kenapa Perlu Hire Digital Marketing Agency Lagi? Ini Adalah Jawapan Yang Business Owner Tercari-Cari Selama Ini.


Firdauz Alias - October 15, 2019 - 0 comments

Selalu kita dengar yang dunia pemasaran seringkali berubah lebih-lebih lagi apabila melibatkan pemasaran digital. Kalau dulu anda gunakan satu teknik yang berjaya dan berkesan tapi tidak lagi sekarang.

YA dunia pemasaran online sentiasa berubah tapi kenapa tidak anda?

Jika anda tak buat marketing lebih-lebih lagi secara online maka perniagaan anda pasti akan sangkut pada satu tahap sahaja. Mungkin anda dah berjaya buat jualan berjuta-juta setahun tapi nak “breakthrough” hasil jualan lebih dari angka tersebut? Anda mungkin menghadapi masalah.

Di sinilah peranan Digital Marketing Agency seperti Tams Idea yang memberikan anda konsultasi dan menunjukkan cara kepada business owner tentang apakah potensi sebenar dan sejauh mana bisnes anda boleh pergi. 

Digital Marketer vs Digital Marketing Agency

Apa perbezaan antara kedua perkara ini? Digital marketer adalah orang marketing persendirian yang menawarkan khidmat marketing secara freelance manakala Digital Marketing Agency adalah syarikat yang menawarkan servis marketing. Nampak sama tapi dari segi impaknya agency adalah lebih dipercayai kerana berurusan atas nama syarikat.

Ini pula mungkin antara perkara yang sebenarnya bos-bos sekalian tercari-cari selama ini.

Memberikan Idea-idea Dan Teknik Terbaru.

Jika diikutkan dalam dunia marketing secara digital akan sentiasa ada perubahan. Sebagai pemain industri kami tahu apa perkembangan dan perubahan yang berlaku dan apa teknik yang boleh diaplikasikan dalam sesuatu kempen pemasaran perniagaan.

Branded Content

Sebagaimana yang kita tahu, untuk kita bersaing dalam dunia pemasaran digital ianya sangat penting untuk anda berkongsi kandungan yang berkaitan dengan bisnes anda. Ini secara tak langsung mampu membuatkan orang ramai melihat anda sebagai seorang pakar dalam bidang tersebut. Peranan kami adalah membantu menguruskan posting bagi social media bisnes anda dengan posting kandungan yang berkaitan dengan perniagaan anda.

Visual Look & Feel

Perkara yang penting apabila melibatkan dunia digital ini ialah looks yang dihasilkan. Looks ataupun presentasi produk yang menarik mampu memberikan kelainan berbanding pesaing-pesaing yang lain. Sebagai contoh, salah satu klien kami iaitu Garsa kitchen. Walaupun hanya menjual sandwich namun dari segi penampilan produknya sahaja mampu meletakkan level mereka setanding dengan jenama antarabangsa.

Mesej yang Tepat & Hala Tuju

Perkara yang perlu jelas dalam pemasaran adalah mesej. Di setiap posting atau video yang dihasilkan, mesej yang nak disampaikan haruslah jelas. Apabila jelas ianya lebih mudah untuk pembaca memahami konteks dan kandungan yang hendak disampaikan.

Timeline & Execution

Dan yang terakhir, perkara yang paling penting adalah perlaksanaan. Cantik macam mana sekalipun perancangan yang dibuat tapi jika tiada perlaksanaan ataupun execution anda tak akan nampak hasilnya. Di Tams Idea, kami memastikan garis masa perlaksanaan tersebut dipatuhi bagi menjamin setiap kempen pemasaran yang dilancarkan berjaya mencapai objektif.

Nak tahu bagaimana Tams Idea boleh bantu anda untuk dari segi pemasaran digital untuk perniagaan anda? Klik banner dibawah!

Related posts

Post a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

CONFIDENTIAL!

Tams Idea Successful Campaign Blueprint 

Rahsia Step-By-Step Untuk Hasilkan Kempen Marketing Yang Berjaya
DOWNLOAD SEKARANG!
close-link