Barangan Bundle

Boleh dikatakan 90% dari Malaysia sangat sukakan fashion tetapi tidak semua rakyat Malaysia memilih untuk memakai barangan yang telah digunakan. Mereka menganggap bahawa pakaian bundle ini kotor, tidak berkualiti dan tidak ada class. Malah ada segelintir yang sanggup memakai item tiruan hanya semata-mata mahu membukti bahawa mereka mampu memiliki barangan berjenama.

Persepsi Tentang Bundle Diubah Oleh Syarikat Barangan Terpakai 

Harga mampu milik? High-end product? Preloved? Diimport dari Jepun? Better than new? Ya, ini semua ada di Bandoru store yang sudah mempunyai 2 cawangan di Malaysia. Ia merupakan butik terbesar pertama di Malaysia yang berkonsepkan barang-barang terpakai atau erti kata lain, barangan bundle.

Sangat berbeza dengan persepsi masyarakat Malaysia, barang-barang yang diimport oleh Bandoru berasal dari Jepun. Kualiti, kebersihan dan jenama menjadi aspek utama mereka. Malah, semua barangan di sini adalah 100% original dan ditawarkan pada harga mampu milik.

[Lihat juga : Bagaimana Video Ini Mampu Mengubah Persepsi Masyarakat Mengenai Barangan Bundle]

Bandoru Batu 3 Shah Alam

Manifestasi Muzik Video Telah Naikkan Brand Awareness Mereka

2 November 2016, Malaysia digemparkan dengan muzik video keluaran Bandoru yang sangat menarik dan catchy.  video tersebut dibuat untuk menghebahkan kepada masyarakat terutamanya golongan muda tentang brand mereka. Jarang sekali kita lihat video sedemikan dikeluarkan oleh para pembisnes dalam menaikkan brand awareness product mereka. Ini telah menjadi salah satu faktor video tersebut tular dan berjaya menarik perhatian ramai.


Muzik Video Bandoru yang dihasilkan oleh Tams Idea (Sumber: Tams Idea)

Bandoru telah bekerjasama dengan Tams Idea untuk merealisasikan pembikinan muzik video ini. Tams Idea juga memilih seramai 20 instafamous sebagai talent dalam visual tersebut. Ia pasti akan meningkatkan brand awareness produk ini kerana setiap dari instafamous ini mempunyai pengikut masing-masing.

Malah video ini juga akan dikongsikan dalam semua medium sosial yang dimiliki mereka. Lebih banyak perkongsian, lebih banyak tontonan. Antara talent yang diundang adalah Naqib Alif (rapper pertama), Danial Aiman (rapper kedua), Siti Khadijah Halim (rapper ketiga), Camilia sebagai visual dan ramai lagi.

Antara Talent yang menjayakan muzik video ini (Sumber : Tams Idea)

Dapat dilihat sebelum ini, peniaga hanya akan menggunakan copywritting, infografik mahupun video lakonan untuk mempromosikan produk mereka. ‘Tembok’ tersebut dipecahkan Tams Idea yang berani mengambil langkah baharu berbeza dari biasa. Namun ternyata strategi tersebut membuahkan hasil apabila berjaya menjadi tular dalam masa yang singkat.

Visual dan Lirik Jadi Metode Utama Dalam Unit Selling Price (USP)

Dengan durasi 1 minit 30 saat kami telah memasukkan lirik seiiring dengan visual supaya dapat menerangkan dengan lebih jelas mesej yang cuba disampaikan. Malah sesetengah perkataan seperti tagline ‘Better Than New’ dipaparkan untuk memudahkan penonton mengingatinya.

Tagline berwarna cerah digunakan untuk menarik perhatian (Sumber: Tams Idea)

Video viral tersebut memaparkan sepintas lalu koleksi barangan berjenama untuk tatapan penonton. Barangan seperti pakaian, beg tangan dan kasut yang sedang dibelek pelanggan terakam dalam video. Sudah semestinya ia akan menambahkan keterujaan mereka untuk datang melihat sendiri keadaan di sini.

Antara barangan berjenama yang dipaparkan dalam video (Sumber: Tams Idea)

Dengan hanya menggunakan visual dan muzik, Tams Idea telah sukses dalam mempamerkan style dan jenama yang dipromosikan syarikat berkenaan. Caranya mudah, dengan meminta talents memakai sendiri produk yang diiklankan dengan pelbagai gaya dan warna. Ia tentunya jadi elemen dalam tarikan penonton khusunya youngsters yang gilakan fesyen.

Pelbagai style pakaian digayakan oleh talent (Sumber: Tams Idea)

Di samping itu, jenama-jenama high end dihighlightkan dalam paparan tersebut sebagai bukti bahawa barangan eksklusif juga boleh dimiliki dengan harga mampu milik. Lirik juga menekankan beberapa kali tentang lebih 100 jenama yang berada dalam kedai.

Uniknya, Tams Idea hanya memilih talents wanita bertudung sahaja dalam visual berkenaan. Ini tentunya akan menarik wanita bertudung di luar sana yang gemar berfesyen untuk menonton. Malah mereka juga boleh copy style instafamous dalam muzik video ini.

      

Kami di Tams Idea memasukkan beberapa kali nama syarikat berkenaan untuk ‘melekatkan’ nama tersebut ke ingatan penonton. Sebutan (lirik) sahaja tidak cukup kerana ingatan manusia akan tertumpu lebih kepada visual.

Impak Positif Muzik Video Yang Melonjakkan Brand Awareness 

Ia ternyata mampu menaikkan lagi nama syarikat berkenaan. Dalam masa yang singkat sahaja video berkenaan sudah berjaya mencapai :

  • 32,217  reached
  • 418 likes
  • 43 comments
  • 145 shares

Seorang peniaga boleh meletakkan seluruh jiwa dan raga mereka dalam menghasilkan produk mereka, tetapi jika tidak berfikiran kreatif dan tidak menaikkan brand awareness sesuatu produk yang mereka hasilkan, then “the business will die before its first breath”.

Pengajaran yang dapat diperolehi dari kisah ini adalah para usahawan haruslah cuba menggunakan tools seperti muzik video ini agar boleh terlihat kehadapan berbanding pesaing-pesaing lain.

 

Leave A Comment

Say Something!
Say Hello!
You have your own vision for our marketing ut clueless on how to implement it? Worry not! We're to grow your brand.
Address
M-City, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur.
Contact Us
marketing[@]tamsidea.co
Say Hello!
You have your own vision for our marketing ut clueless on how to implement it? Worry not! We're to grow your brand.
Say Something!