Ilustrasi Dalam Pemasaran
Ilustrasi dikaitkan dengan tafsiran atau penjelasan secara visual mengenai teks, konsep dan sesuatu proses. Ia sering digunakan dalam media yang diterbitkan seperti poster, risalah, buku, majalah, bahan pengajaran, animasi, permainan video mahupun filem. Ilustrasi memainkan peranan yang sangat penting dalam pemasaran.
Kebanyakkan jenama akan menggunakan media sosial untuk menaikkan brand awareness mereka. Hal ini tentunya dikaitkan dengan penggunaan medium tersebut yang semakin meningkat. Justeru, content yang dihasilkan perlu disesuaikan mengikut matlamat sesuatu jenama dan dapat menarik perhatian audien.
[ Baca Juga : Teknik Efektif dan Apresiasi Nilai Dalam Kempen Pemasaran ]
Content jenis visual menjadi pilihan utama para meniaga dalam menaikkan brand mereka di media sosial. Ini oleh kerana audien akan lebih tertarik dengan visual berbanding teks. Perkara tersebut dibuktikan dalam satu kajian yang dijalankan oleh 3M. Seseorang manusia dapat memproses visual 60,000 kali daripada teks.
Manipulasi Visual ‘Luar Dari Kotak’ Cipta Fenomena
Manipulasi visual melibatkan perubahan gambar menggunakan pelbagai kaedah dan teknik untuk mencapai hasil yang diinginkan. Sesetengah manipulasi foto dianggap sebagai seni profesional kerana ia melibatkan penciptaan imej yang unik dalam sesuatu situasi. Proses ini dilakukan dengan kaedah retouching gambar, dakwat, cat, airbrush atau melalui alat manipulasi berasaskan perisian yang digunakan untuk imej digital.
Tahun 2017 lalu, umum heboh memperkatakan tentang produk susu krimer tempatan iaitu Dairy Champ. Media sosial dibanjiri dengan komen positif dari netizen yang memuji strategi pemasaran mereka yang kreatif. Mereka menggunakan visual berkenaan dalam kempen pemasaran dan berjaya memecah tradisi pengiklanan serta pemasaran produk tersebut.
Di samping menggunakan ikon tempatan iaitu Datuk David Arumugam (AlleyCat) dan Datuk Seri Vida sebagai daya penarik, teknik manipulasi gambar turut membantu dalam menaikkan kempen pemasaran itu. Hal ini dapat dilihat dalam visual di mana wajah dua ikon berkenaan disuaikan dengan imej teh tarik dan ais kacang.
Mereka berani membuat kelainan dalam kempen kali ini. Strategi itu ternyata membuahkan hasil apabila berjaya menarik perhatian masyarakat dan trending di media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan laman web tempatan. Malah akhbar tempatan juga tidak ketinggalan membuat liputan berkaitan visual berkenaan.
Ilustrasi Cheeky ‘Menyerlah’ Di Media Sosial
Seperti biasa, kami di Tams Idea sentiasa kreatif dalam memenuhi kehendak pasaran. Oleh itu, kali ini Wonder Cheese telah memilih Tams Idea untuk berkolaborasi dalam penghasilan content visual media sosial. Tams Idea menghasilkan visual untuk dimuat naik di Instagram, Facebook dan laman web Wonder Cheese.
Wonder Cheese merupakan salah satu brand tempatan yang mempromosikan kerepek keju di Malaysia. Ia merupakan jenama tempatan yang terkenal dari tahun 2016 sehingga kini. Malah, Ia tidak dicampur dengan MSG dan perasa tambahan yang menjadikannya sesuai dimakan oleh semua peringkat umur.
Selain dari mementingkan quality control, Wonder Cheese juga amat menitikberatkan penghasilan visual dalam pemasaran untuk meningkatkan brand awareness. Ini kerana visual dapat menjelaskan dengan mudah tentang makna sesuatu perkara tanpa perlu menulis teks panjang. Ia juga dapat menarik perhatian audien dengan lebih pantas sekiranya visual yang dihasilkan itu ‘melekat’ di mata mereka.
Tams Idea memanipulasi visual biasa iaitu sebuah balang kerepek dan menjadikannya extra luar biasa. Kami telah memberi ‘karakter’ kepada balang tersebut supaya nampak lebih cheeky dan menarik dengan ‘keletahnya’. Di samping itu, Tams juga telah memilih warna kuning keemasan sebagai simbolik kepada warna keju. Ia juga merupakan warna yang akan merangsangkan nafsu makan sesuai dengan produk Wonder Cheese.
Kami turut mengaplikasikan kesan ilustrasi di setiap visual tersebut dengan menggabungkan gambar dan ilustrasi supaya lebih menyerlah. Malah, warna tulisan yang digunakan kontra dengan latar belakang visual supaya mudah dibaca. Imej yang menggunakan teknik ilustrasi yang betul semestinya akan ‘menangkap’ perhatian audien yang melihat.
Presentasi Visual Yang Releven Lonjakkan Brand Awareness
Para peniaga perlu mencuba pelbagai teknik persembahan visual untuk menarik minat di samping mengembangkan jenama mereka kepada masyarakat. Visual yang menarik terutamanya di media sosial tentunya akan membuatkan orang ramai teruja melihat, Malah jika konten dalam visual tersebut ‘dekat’ dengan masyarat, ia akan ‘dikongsi’ ke lebih ramai orang.
Perkara tersebut semestinya akan meningkatkan brand awareness jenama berkenaan. Peniaga juga perlu peka dengan pemilihan warna, font dan saiz tulisan yang dipilih kerana ia akan mempengaruhi tumpuan individu yang melihat visual berkenaan. Malah, peniaga juga perlu mempunyai ilmu berkaitan penghasilan visual supaya mesej yang ingin disampaikan dapat ‘ditangkap’ oleh penonton.