Sebagaimana yang diketahui Panasonic memperkenalkan rangkaian alatan rumah elektronik. Yang terkini Panasonic telah memperkenalkan penghawa dingin yang dilengkapi dengan sistem Teknologi yang dikenali sebagai nanoeTM. Penghawa dingin Panasonic ini direka untuk menghapuskan 99% pencemaran udara dalaman seperti bakteria, virus, dan juga habuk. 

Walau bagaimanapun, orang ramai tidak menyedari masalah pencemaran udara dalaman rumah. Mengikut kajian kualiti udara dalaman rumah adalah 10 kali lebih buruk daripada di luar rumah. Rakyat malaysia sememangnya tidak terasa apa-apa dengan fakta ini kerana mereka tidak nampak kesan dan akibat pada jangka masa yang panjang. Oleh sebab itu, mereka tak nampak kenapa harus memiliki penghawa dingin berteknologi nanoeTM ini.

Airdribles Panasonic (Credit DBB Naga)

Cara Mengatasi 

Oleh itu, strategi utama untuk kempen ini adalah untuk membuat orang melihat keburukan pencemaran udara dalaman, dengan mengubah udara yang tidak kelihatan, menjadi kelihatan. Tugas ini seterusnya ditugaskan kepada Naga DDB Sdn Bhd. Caranya ialah dengan memberi persamaan antara pengambilan udara dan pengambilan makanan. Apabila bercakap berkenaan makanan, rakyat Malaysia sangat tidak boleh berkompromi terutamanya makanan yang berkaitan dengan rakyat Malaysia. 

Airdribles Panasonic (Credit DBB Naga)

Dengan nama kempen Airdibles, kempen ini yang menggunakan bahan pencemar udara dalaman sebagai bahan-bahan untuk resepi makanan. Ia secara tidak langsung membuat orang menyedari bahawa mereka menggunakan udara seperti bagaimana mereka memakan makanan. 

Orang hanya peduli tentang apa yang mereka makan dan minum tetapi tidak peduli apabila ia tentang apa yang mereka bernafas. Kami memilih 3 hidangan tempatan yang terkenal: Nasi Lemak (Nasty Lemak), Teh Tarik (Dusty-tea Tarik) dan Karipap (Dirty-puff) dengan menggunakan bahan pencemar udara seperti habuk, rambut, dan bulu haiwan. Dengan ini, bukannya kelihatan lazat, mereka kelihatan menjijikkan lalu membuat orang untuk berfikir sejenak tentang kualiti udara yang ada di dalam rumah mereka.

Airdribles Panasonic (Credit DBB Naga)

Credit : Cancil Award, DBB Naga Tribal

Leave A Comment

Say Something!
Say Hello!
You have your own vision for our marketing ut clueless on how to implement it? Worry not! We're to grow your brand.
Address
M-City, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur.
Contact Us
marketing[@]tamsidea.co
Say Hello!
You have your own vision for our marketing ut clueless on how to implement it? Worry not! We're to grow your brand.
Say Something!