Ini Rupanya Cara KFC Meraikan Pelanggan Untuk Kembali Makan “Dine-In” Di Kedai Setelah PKP


Firdauz Alias - November 17, 2020 - 0 comments

Sejak pandemik Covid-19 melanda ke seluruh dunia, pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan dalam membantu menghentikan penularan wabak ini. Salah satu usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan adalah dengan melakukan Perintah Kawalan Pergerakan yang pada fasa awalnya, semua orang digalakkan untuk #stayathome bagi memutuskan penularan wabak. 

Kesan kepada perniagaan

Dek kerana perintah kawalan pergerakan ini, banyak sektor ekonomi yang terjejas, terutamanya sektor pelancongan dan juga penerbangan. Selain itu, sektor F&B (food & beverages) juga turut terjejas dengan keadaan yang tidak menentu ini.

Premis KFC turut terjejas

Akibat daripada situasi ini, kebanyakan premis tidak dikunjungi pelanggan dan hanya boleh membuat penghantaran ke rumah sahaja. KFC sebagai sebuah syarikat makanan segera juga turut mengalami tempias.

Syarat PKP dilonggarkan

Setelah tempoh awal PKP dilonggarkan kepada PKPB dan seterusnya PKPP yang mana membolehkan orang untuk datang ke premis dan dine-in dengan bersyarat, inilah masa yang terbaik untuk KFC tampil dengan mesej yang baru untuk menyambut semula kedatangan pelanggan-pelanggan mereka yang dirindui

Kempen KFC You Soon

KFC kali ini tampil dengan kempen “KFC You Soon” yang diusahakan oleh DBB Naga Tribal. Satu video komersil telah dilancarkan dilaman youtube bertajuk ‘KFC you soon’ di platform youtube yang sehingga kini mencecah tontonan berjumlah 2.5 juta tontonan. Video komersil ini menunjukkan kerinduan premis KFC terhadap pelanggan mereka untuk dine-in.  

Selain itu, KFC juga menampilkan 86 buah lagu yang popular di platform playlist Spotify dan turut diputarkan di setiap premis KFC untuk servis dine-in. Kempen ini ingin menunjukkan bahawasanya  jenama KFC amat merindukan pelanggan-pelanggan mereka. Senarai lagu-lagu ini akan dimainkan di setiap premis bagi menimbulkan suasana kerinduan tersebut.

Playlist 86 buah lagu tersebut boleh didengari dalam platform sportify . Boleh dengarkannya DI SINI

Out of Home

Selain daripada strategi marketing yang dilancarkan di sosial media, KFC juga turut melancarkan strategi out-of-home dimana billboard KFC menunjukkan menu diadunkan dengan lirik-lirik lagu p ramlee terutamanya papan iklan di laluan-laluan utama sekitar negara.

Papan tanda KFC dengan gabungan lirik lagu Pramlee dan Menu

Kesimpulan

Diharapkan wabak ini bakal berakhir dan impak kepada ekonomi mampu pulih ke tahap yang lebih baik sekaligus membantu meningkatkan kuasa membeli pengguna. Langkah yang dilakukan oleh KFC ini adalah boleh dikatakan untuk memastikan jenama mereka kekal relevan dengan situasi semasa ketika ini.

Rujukan

https://www.marketing-interactive.com/kfc-my-curates-spotify-playlist-serenades-consumers-as-dine-in-reopens

https://www.thedrum.com/news/2020/06/18/ads-we-kfc-creates-mixtape-welcome-back-malaysians-lockdown

Related posts

Post a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.