Scroll to top

[Case Study] – Kempen “Personalize” Digital Marketing Coca Cola Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-100 Menarik Minat Nitizen.


Admin - September 6, 2018 - 0 comments

Perasan tak sekarang ni iklan brand-brand besar tak banyak di media massa seperti suatu ketika dulu. Sebaliknya Penggunaan social media seperti Facebook, Tumblr, dan Twitter semakin berkembang dari hari ke hari. Akaun social media digunakan bermula dari personal account sehinggalah peniaga-peniaga kecil dan juga besar termasuklah syarikat Coca-Cola.

Ada antara kita yang menggunakan social media untuk meluahkan perasaan yang terbuku dan ada juga yang suka berkongsi sesuatu yang menarik dengan pengikut mereka. Manakala, ramai para pembisnes memperluaskan bisnes mereka dengan menggunakan social media. Taktik ini dipanggil sebagai digital marketing.

Berapakah nisbah antara posting negatif dengan posting positif yang anda lihat di social media anda dalam sehari? Kebanyakannya posting-posting negatif kan?

Inisiatif Coca Cola Untuk Mengurangkan Aura Negatif

Sebagai brand antarabangsa, semua orang tahu bahawa Coca Cola membawa maksud kegembiraan. Setiap iklan dan marketing dari Coca Cola membawakan perasaan gembira dan ceria kepada audience mereka.

Sempena menyambut ulang tahun yang ke-100, Coca-Cola mengadakan sebuah kempen yang dikenali sebagai ‘Coca-Cola Contour Digital Campaign’. Kempen ini dimana Coca Cola membina satu listening software untuk mencari pengguna-pengguna social media yang membawa positive vibes kepada pengikut-pengikut mereka, khususnya penduduk Africa, dan dikumpulkan dalam satu data.

Data tersebut dapat menghasilkan 300 respon dari Coca Cola yang disesuaikan dengan hashtag yang digunakan oleh pengguna-pengguna social media. Respon-respon yang dilakukan oleh Coca Cola adalah termasuk gambar-gambar wishes, hadiah, dan juga custom video muzik ulang tahun hari lahir yang dikhaskan kepada orang yang dituju.

 

Coca-Cola Contour Digital Campaign

Bagaimana Coca Cola Memperluaskan Digital Campaign Mereka?

Untuk mempercepatkan proses penyebaran kempen mereka, Coca Cola mula mendedahkan kempen mereka kepada social media influencers yang mengikut kriteria yang dimahukan.

Hasil Yang Coca Cola Dapat Dari Kempen Ini?

Hasil yang Coca Cola dapat dari inisiatif mereka tersebut adalah:

  • Jangkauan social mencapai kepada 22,295,472 dalam masa 3 bulan
  • 70% kadar retweet
  • 102,305 kenaikan pengikut Facebook
  • 28,985 kenaikan pengikut Twitter
  • kenaikan 200% pendedahan tentang kegembiraan dalam kalangan pengguna social media.

Apa Pengajaran Yang Kita Dapat Dari Kempen Coca Cola Ini?

Digital marketing sangat penting untuk setiap bisnes pada zaman sekarang kerana setiap orang mempunyai paling kurang satu akaun social media. Namun begitu, digital marketing yang dilakukan haruslah mempunyai aura positif agar boleh membawa nama baik bisnes kita di mata pelanggan. Dengan itu, pelanggan dan bakal pelanggan akan lebih yakin dan percaya kepada bisnes kita.

Author avatar

Admin

http://www.tamsidea.co
We are a full service digital agency, producing amazing results for our clients!

Related posts

Post a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.