Scroll to top

Idea Kreatif Untuk Menarik Golongan Millenial Dengan Kotak Pizza Yang Boleh Menyanyi ?


Firdauz Alias - February 11, 2020 - 0 comments

Pizza Hut adalah restoran makanan segera yang menawarkan pizza sebagai menu utamanya. Masalah utama yang berlaku kepada Pizza Hut adalah mereka kehilangan pelanggan dengan kehadiran  servis penghantaran yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan seperti Food Panda dan Grab Food yang mana servis seperti ini lebih mesra dan dengan dengan golongan melenial. 

The Singging Pizza (Credit TBWA Kuala Lumpur)

Untuk itu Pizza Hut perlu menaikkan semula brand ini dengan cara yang lebih kreatif agar Pizza Hut mampu lebih dekat dengan golongan tersebut. Tugasan ini seterunya diberikan kepada TBWA Kuala Lumpur.

The Singging Pizza (Credit TBWA Kuala Lumpur)

Bagaimana cara mereka melakukannya?

Satu idea yang menarik adalah dengan menukar kotak pizza kepada digital turntable. Idea ini dapat direalisasikan dengan kerjasama daripada Universal Muzic. Ianya digelar sebagai “the singing Pizza”. Dengan cara ini pembeli dapat menikmati pizza dan dalam masa sama mendengar lagu dengan memuat turun aplikasi melalui scan kod yang terdapat pada bahagian kotak.

The Singging Pizza (Credit TBWA Kuala Lumpur)

Bagaimana cara mengaktifkannya? Dengan reka bentuk kotak yang seperti turntable terdapat kod bar yang boleh diimbas melalui telefon untuk memuat turun aplikasi. Apa yang menariknya aplikasi ini direka untuk memadankan reka bentuk piring hitam yang dilihat pada setiap kotak sebagai muzik piring hitam yang  berputar dan seterusnya mewujudkan satu pengalaman yang berbeza setiap kali menikmati pizza.

Terdapat pelbagai design pada setiap kotak pizza dengan lagu yang berbeza. Lebih banyak pizza yang anda pesan, lebih banyak lagu dan barang yang anda buka kunci. Tidak menghairankan, kotak ini menjadi koleksi.

Apakah hasil daripada kempen “the singging Pizza” ini?

Melalui kempen ini, lebih 130 000 telah memuaturun aplikasi tersebut. Selain dari itu sepanjang kempen ini 6% jualan meningkat dan 2800000 kotak telah dihantar

Credit : TBWA Kuala Lumpur / Kancil Award

Related posts

Post a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

CONFIDENTIAL!

Tams Idea Successful Campaign Blueprint 

Rahsia Step-By-Step Untuk Hasilkan Kempen Marketing Yang Berjaya
DOWNLOAD SEKARANG!
close-link