Tahun 2020 , dunia dikejutkan dengan isu pandemik Covid-19 yang melanda dunia. Ini secara tak langsung memberikan impak besar kepada negara kita, Malaysia. Sebagai langkah langsung untuk menangani masalah ini, Malaysia telah menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan wabak dengan cara menjaga penjarakkan sosial.

Impak Pandemik Covid-19 Terhadap Ekonomi

Impak terbesar dalam PKP ini sudah pastinya memberi kesan yang besar pada ekonomi. Bisnes besar mahupun kecil tidak terkecuali oleh kerana operasi tidak dapat dijalankan dengan lancar akibat pergerakan yang terhad, sekatan ke luar negara dan juga ketakutan orang untuk berjalan dan juga berbelanja.

Secara tidak langsung menyebabkan jualan bisnes turut terjejas dan turut memberikan kesan terhadap ekonomi negara. Ada juga yang kehilangan pekerjaan terutamanya di sektor pelancongan dan penerbangan yang mana syarikat tidak mampu untuk menampung overhead yang terlalu tinggi.

Pusat beli belah yang lengang akibat pandemik Covid-19 (Kredit:Malaymail)

 

Krisis Kewangan Tahun 1998

Tidak dapat dilupakan tahun 1997/1998 merupakan tahun yang mencabar buat negara Malaysia akibat dari krisis ekonomi yang melanda Asia dan terpalit kepada banyak negara. Banyak syarikat yang terpaksa gulung tikar akibat tak mampu bertahan. Mujurnya pada ketika itu dasar-dasar yang di laksanakan seperti “tambatan matawang negara” mampu memberikan impak positif kepada negara.

Namun berbeza pula dengan situasinya kali ini apabila melibatkan 3 faktor sekaligus iaitu kesihatan, ekonomi dan juga kemelut politik dan sudah pasti kesannya pasti lebih mencabar.

Unjuran juga menjangka kan cabaran yang mendatang pasti akan lagi besar pada tahun 2021 nanti memandang kan bank-bank sudah mula menamatkan tempoh moratorium namun kemampuan pengguna untuk berbelanja masih sederhana.

Jadi sebagai pemilik bisnes seperti anda, apakah langkah-langkah yang harus difikirkan untuk mempertahankan bisnes dan juga strategi marketing yang perlu dijalankan.

 

Right Mindset 

Mindset yang betul penting untuk menentukan hala tuju syarikat

Perkara yang terpenting untuk menghadapi cabaran ini adalah mempunyai mindset yang betul. Perancangan dan perkara apa yang harus dilakukan adalah permulaan yang penting. Bagaimana nak bertahan dalam fasa survival. Kerja-kerja apa yang harus dijalankan bagi membolehkan cashflow dalam syarikat kembali stabil. Salah satunya ialah kerja-kerja bahagian marketing tak harus dihentikan bagi perniagaan kekal relevan. Mesej yang ingin disampaikan seharusnya bersesuaian dengan kehendak pasaran sekarang ini.

Fokus Pada Existing Customer

Fokuskan kepada pelanggan yang sedia ada. Dengan pelanggan sedia ada adalah lebih mudah untuk membuat pembelian berbanding mereka yang pertama kali mencuba produk ataupun servis anda. Ini kerana pelanggan yang sedia ada mempunyai kepercayaan yang tinggi kepada anda. Selain daripada itu merek juga mampu menjadi referal kepada rakan-rakan dan mungkin juga mampu membantu pemasaran anda melalui menjadi agen untuk servis mahupun produk anda

Fokus Kepada “Needs”

Fokus kan kepada keperluan yang sangat diperlukan.  Jika anda mempunyai servis ataupun produk sampingan yang tidak membantu dalam meninggikan margin keuntungan anda (atau pelanggan), kini tiba masanya untuk hentikan ia seketika. Fokus kepada killer produk yang mampu menjana keuntungan syarikat atau produk yang mampu memberikan nilai tambah yang lebih kepada pelanggan dan cuba bertahan dan berkembang dalam pasaran.

Digitalkan Bisnes Anda

Pelbagai geran yang disediakan oleh pihak kerajaan

 

Mahu ataupun tidak, pendigitalan bisnes mampu membantu bisnes lebih sampai kepada target audience dan dalam masa yang sama menjaga jarak sosial. Agak sukar sekiranya berharap kepada perniagaan offline semata-mata. Malah Air Asia sendiri memfokuskan kepada kerja-kerja e-commerce setelah industri penerbangan terjejas teruk.

Selain itu appearance pada media sosial juga memainkan peranan. Lihat pada media sosial anda sekarang adakah ianya sesuai dengan keperluan pelanggan anda. Dengan isu-isu sekeliling adalah harus untuk media sosial anda kekal relevan dengan keadaan semasa. Kuatkan brand engagement anda melalui live info, topik mahupun contest yang memberi impak supaya pelanggan nampak akan keberadaan anda dalam pasaran.

Polarisasi

Polarisasi dalam bisness (Credit:Neladunato.com)

 

Untuk mewujudkan bisnes itu memang mudah, namun apa yang membezakan ialah polarisasi. Polarisasi mampu membezakan bisnes anda dengan bisnes pesaing sekaligus mampu memberikan nilai tambah pada bisnes. Sebagai contoh, servis delivery. Apa yang membezakan bisnes anda dan pesaing ialah, sebagai contoh, anda memberikan jaminan sampai dalam masa 30 minit atau wang di kembalikan. Itulah antara salah satu contoh polarisasi.

Salah satu contoh yang boleh diberikan juga adalah melalui cara marketing bisnes anda dijalankan. Apakah teknik dan bagaimana produk anda ditonjolkan dalam dunia digital memainkan peranan besar untuk membuatkan orang nampak kehadiran bisnes anda.

Ini seterusnya dapat membezakan bisnes anda dengan bisnes orang lain. Di sinilah faktor penting kenapa orang membeli dengan anda, bukan dengan pesaing anda. Semuanya bermula dengan bagaimana persembahan anda di dalam dunia digital dan Tams Idea ada kepakaran untuk menjadikan produk anda mempunyai POLARISASI tersebut.

Kesimpulannya, semua orang dalam fasa survival syarikat, walaubagaimanapun dari segi pemasaran lebih lebih lagi dalam pemasaran digital tak boleh dihentikan!

Kerana apa? Percayalah, masih ada yang masih membeli. Cuba tanya kepada diri kita, kenapa berhenti lakukan marketing? Marketing adalah nadi syarikat, jika nadinya berhenti, bisnes akan turut berhenti..

 

Leave A Comment

Say Something!
Say Hello!
You have your own vision for our marketing ut clueless on how to implement it? Worry not! We're to grow your brand.
Address
M-City, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur.
Contact Us
marketing[@]tamsidea.co
Say Hello!
You have your own vision for our marketing ut clueless on how to implement it? Worry not! We're to grow your brand.
Say Something!