Tahun 2021 merupakan tahun yang pastinya mencabar. Tambah tambah lagi dengan kesan pandemik covid-19 pasti menjadikan tahun 2022 ini adalah medan untuk bangkit meningkatkan lagi pencapaian dalam bisnes anda.

Jadi untuk kali ini kami di Tams Idea ingin menyenaraikan tips tentang bagaimana untuk memantapkan lagi bisnes strategi bisnes tahun 2022 ini.

1) Fahami Pencapaian Bisnes Tahun 2021

Apakah target bisnes anda pada tahun 2021? Apakah cabaran yang mendatang dan adakah berjaya mengharungi cabaran tersebut dan menghasilkan jualan yang tinggi? Jika kurang berjaya apakah yang perlu diperbaiki.

 

Paling baik adalah apabila anda dapat menganalisa semula pencapaian sebelum ini dalam bentuk graf dan data supaya anda boleh mengenal pasti trend pasaran dan mengadaptasinya untuk ditambah baik untuk tahun 2022 ini

2) Tetapkan Matlamat Yang Realistik Berdasarkan Pencapaian 

Setelah menganalisa perjalanan bisnes anda tahun lepas, tetapkan satu matlamat yang realistik untuk dicapai. Matlamat yang jelas harus ditujukan kepada team bagi mereka sendiri memahami halatuju dan matlamat yang ingin dicapai.

 

Pada fasa ini adalah baik untuk bertanyakan pendapat dan dengan team sebab kemungkinan idea yang mereka berikan juga mampu untuk membantu menaikkan bisnes anda

 

3) Tanda Pada Tarikh-Tarikh Penting

Praktis yang baik untuk anda menyusun plan marketing anda dengan menanda tarikh-tarikh penting seperti tarikh-tarikh gaji, cuti umum mahupun perayaan. Dengan adanya plan seperti ini membantu anda untuk bersedia awal dan seterusnya mempunyai masa untuk memastikan persiapan untuk menjalankan kerja-kerja marketing berjalan dengan lancar.

 

Praktis seperti ini juga membantu sekiranya anda berminat untuk menjalankan marketing secara “outsource” pada agency periklanan digital seperti Tams Idea . Agency pengiklanan seperti kami setidak-tidaknya mempunyai masa untuk execute idea-idea yang mampu membantu perniagaan anda dan menjalankannya dengan lancar.

4) Perhatikan Trend Terkini

Perhatikan juga trend terkini yang mampu anda ambil dan gunakan sepanjang menjalankan kempen marketing. Bukan hanya trend di media sosial sahaja tapi juga lihat pada trend dan behaviour pembelian pengguna sama ada online mahupun offline

5) Organize Team Untuk Dan Progress

Akhir sekali organize team anda lihat pada progress. Paling baik untuk monitor progress tersebut setiap minggu untuk melihat masih on track ataupun tidak.

 

Akhir kata semoga berjaya dan jika perlukan bantuan marketing atau idea idea terkini yang sesuai untuk bisnes anda datanglah ke Tams Idea

Leave A Comment

Say Something!
Say Hello!
You have your own vision for our marketing ut clueless on how to implement it? Worry not! We're to grow your brand.
Address
M-City, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur.
Contact Us
marketing[@]tamsidea.co
Say Hello!
You have your own vision for our marketing ut clueless on how to implement it? Worry not! We're to grow your brand.
Say Something!