Pernah atau tidak anda dengar, atau kenal peniaga online yang dahulunya berjaya membuat jualan sehingga ratus ribuan ringgit tapi, tak berjaya sustain dan kemudiannya lenyap dari pasaran?
Ya… inilah realiti yang ramai tak nak mengakuinya.
Sebab apa jadi macam ni?
Antara sebab utamanya adalah peniaga gagal dalam membuat penjenamaan ataupun erti kata lain, “Branding”. Mereka hanya tumpu pada membuat jualan semata-mata. Akhirnya, orang yang pada awalnya teruja lama-kelamaan mulai bosan.
Dalam satu tempoh masa yang lama peniaga seperti ini akan struggle untuk “engage” dengan para pelanggan mereka. Harus diingat, para pelanggan takkan setia dengan satu jenama produk sahaja tanpa “engagement”. Jadi, Branding ini sangat penting untuk teruskan “engagement” bagi mengekalkan produk tersebut kekal relevan dalam pasaran.
Salah satu perkara wajib untuk perniagaan tersebut kekal relevan adalah dengan melakukan kerja dan aktiviti Branding. Namun, mungkin ada juga kesilapan yang dilakukan peniaga yang tak betul-betul faham bagaimana proses Branding itu berlaku.
Kami di Tams Idea, akan kongsikan antara masalah dan kesilapan yang telah anda lakukan dalam Branding syarikat anda:-
1. Tak Faham Kepentingan Branding Dalam Perniagaan
Dari segi definisi branding adalah bermaksud:-
“A brand is a name, term, design, symbol, or any other feature that identifies one seller’s good or service as distinct from those of other sellers” (American Marketing Association).
Dan dalam kata lainnya, Branding melambangkan sesuatu perniagaan yang boleh diperakui hak miliknya.
Ini secara tak langsung membuatkan pelanggan anda lebih kenal dan memudahkan anda mewujudkan peminat tegar yang mana anda boleh gunakan untuk anda menjual berkali-kali ganda kepada pelanggan tersebut.
2. Tak Ada Guideline Dalam Branding
Kejap warna pada billboard biru tua tapi dekat paparan sosial media biru muda. Dah tak ada kesamaan yang boleh menunjukkan Branding kepunyaan satu syarikat.
Jadi, agak susah untuk orang nak kekal ingat. Justeru itu, satu garis panduan dalam branding perlu diwujudkan supaya warna, logo dan font yang digunakan haruslah sama walaupun anda bertukar grafik designer. Inilah yang dinamakan Corporate Identity.
Corporate Identity adalah penting bagi memastikan Branding anda konsisten supaya syarikat mempunyai “trust” di kalangan pelanggan.
3. Branding sangat terlalu “art”
Tujuan Branding adalah untuk pengguna mudah mengingati brand. Jika logo anda terlalu complicated, takut nanti anda akan tertinggal kerana melebihkan art dari objektif sebenar. Lihat sahaja dari segi nama brand-brand terkenal semua menggunakan perkataan yang mudah diingati antaranya Uber, Grab, Nike mahupun Adidas.
Satu lagi ialah dari segi aplikasi, sebagai contohnya, logo Air Asia yang hanya menggunakan dua tone warna dan font yang simple. Mudah untuk printing di baju dan juga topi dan Ia juga dapat menjimatkan kos!
4. Mesej branding tak jelas
Salah satu masalah utama peniaga yang mencuba untuk membuat aktiviti-aktiviti branding untuk syarikat mereka ialah mereka tidak tahu sebenarnya bagaimana nak sampaikan mesej dengan jelas kepada pelanggan.
Takut-takut mesej yang disampaikan itu bercanggah dan membuatkan para pelanggan lari daripada perniagaan tersebut.
Jadi dah tiba masanya untuk anda fikirkan semula mesej yang jelas kepada pelanggan. Contoh, perniagaan perkhidmatan, tak perlu lah nak tonjolkan semua servis yang ada. Fokuskan kepada core message supaya apa yang nak disampaikan dengan jelas.
Sama juga seperti kedai makan, tak perlu fokuskan semua produk dan hanya highlightkan produk makanan yang paling diminati ramai untuk menarik lebih ramai pelanggan.
5. Identity tak consistent
Perkara yang paling merugikan apabila pelanggan mula keliru dengan perniagaan kita. Hari ni nama lain esok nama lain pulak. Website, sosial media, kad bisnes seharusnya nampak sama dalam semua platform.
People will stop paying attention if you are not relevant. With all of the visual noise in today’s world, a properly executed and maintained brand is one of the few ways to stand out and catch the attention of customers.
6. Tak gunakan pelanggan sedia ada sebagai medium pemasaran
Kalau anda terlepas gunakan tips ini, ini adalah antara kerugian yang paling besar untuk anda. Pelanggan sedia ada merupakan medium pemasaran yang paling baik untuk perniagaan anda. Mereka boleh menjadi agen penyebaran untuk mengukuhkan lagi Branding kita dalam pasaran.
7. Tak ada “attention-grabbing” dan tagline yang meyakinkan
Mengikut rule dalam pemasaran, anda hanya mempunyai 3 saat sahaja untuk menarik minat seseorang untuk tahu lebih lanjut berkenaan produk anda. Jika terlepas 3 saat tersebut, maka anda akan rugi.
Inilah punca kenapa ramai yang iklannya hanya sekali lalu sahaja pada pelanggan tanpa dilihat. Jadi, tagline amatlah penting untuk menarik minat pelanggan dan untuk tanam dalam minda. Sebagai contohnya:
Apple: Think different.
Coke: Open happiness.
Disney: The happiest place on earth.
Ramai peniaga yang mempunyai masalah untuk mendapatkan tagline yang terbaik. Jadi biarlah ambil sedikit masa supaya tagline itu nanti tidak menjejaskan Branding anda.
8. Tak tahu di mana permulaan Branding
Branding sebenarnya bermula dari dalam syarikat. Andai para pekerja anda tak faham mengenai nilai dan apa yang hendak disampaikan jadi amatlah sukar sebenarnya untuk disampaikan seterusnya kepada pelanggan.
Contohnya, Starbuck. Dulu, mereka mengalami masalah dari segi jualan. Salah satunya adalah akibat dari persaingan dan yang keduanya ialah para pekerja mereka gagal untuk memberikan pengalaman yang terbaik untuk pelanggan mereka. Setelah dikenalpasti, pekerja mereka diberikan latihan yang betul dan akhirnya jualan meningkat semula.
9. Tak tahu kenapa syarikat anda wujud
Ini yang paling sedih. Sebagai seorang business owner, sepatutnya anda harus mempunyai pemahaman yang mendalam tentang apa yang anda lakukan, mengapa anda melakukannya, dan bagaimana akan anda melakukannya,
Mengikut pengalaman kami, kebanyakkan business owner bila di tanya, tak dapat memberikan jawapan yang jelas mengapa syarikat mereka wujud.
Apa yang boleh kami katakan di sini, jika anda tak memahami kenapa syarikat anda benar-benar wujud, anda tidak akan dapat mengembangkan jenama anda dengan berkesan atau menjayakan misi, visi, dan nilai organisasi anda.
Sekiranya anda tak buat Branding untuk bisnes anda dalam beberapa tahun ini, takut nanti perniagaan anda tak mampu nak bersaing dan tenggelam dalam pasaran.
Nak tahu bagaimana Tams Idea boleh bantu untuk betulkan Branding syarikat anda? Klik banner dibawah.