Februari 2018 bermulanya “Hell of the Week” buat KFC UK kerana berita mengenai kekurangan stok ayam di KFC United Kingdom ini menjadi suatu yang tular di media cetak utama mahupun sosial.

Bagaimana sepatutnya KFC yang menjual ayam tetapi tiada bekalan ayam? Kekurangan ayam bermula dari 16 Februari, KFC terpaksa menutup cawangan disebabkan kekurangan bahan-bahan mentah untuk menggoreng ayam.

Menjelang 18 Februari, hampir 900 cawangan KFC terpaksa ditutup. Lokasi lain seperti Ireland Utara tidak terjejas disebabkan menggunakan berlainan logistik kurier.

Bagaimana Perkara Seperti Ini Boleh Terjadi?

Kejadian ini berlaku disebabkan kontrak servis kurier terbaru telah diberikan kepada DHL yang mana masalah DHL tidak berjaya menghantar produk KFC atas sebab beberapa faktor.

Antaranya ialah keputusan DHL untuk menggunakan satu depot hub penghantaran dan dalam masa sama terdapat kemalangan besar berlaku untuk jalan keluar utama depot DHL. Faktor lain pula adalah tiada pelan kontingensi sekiranya perkara seperti ini terjadi.

Lori DHL gagal menghantar ayam tepat pada masanya

Kredit: Cater News Agency

 

Stok Ayam KFC yang gagal dihantar dan terpaksa dilupuskan

Kredit: Cater News Agency

Apa yang merisaukan ialah kejadian ini menyebabkan reputasi FKC jatuh secara mendadak dan kepercayaan pelanggan terhadap Brand itu jatuh merudum disebabkan krisis ayam ini berlaku.

Jadi Bagaimanakah Mereka Mengatasinya?

 

Orang terlampau geram sehingga sanggup hubungi polis

 

Bagi membetulkan keadaan dan meredakan tekanan, sementara pihak KFC dan DHl membetulkan keadaan tugaskan seterusnya diserahkan  kepada  Agency pengiklanan Freuds and Mother London. Hampir seminggu Tular dimedia sosial. Jika lambat bertindak reputasi KFC dilihat bakal jatuh teruk!!

“Kami tahu keadaan sangat genting..kali pertama kami berbincang didalam bilik meeting dan setiap detik amat kritikal kerana krisis hampir mencecah 24 jam”

Ajaibnya bagaimana Agency pengiklanan Freuds and Mother London ini berjaya menukarkan situasi buruk ini mejadi sesuat yang amat beharga!

Hanya dengan 3 HURUF SAHAJA !!!

FCK

Poster permohonan maaf KFC

Bagaimana dengan permohonan maaf dengan hanya menukar susunan KFC menjadi FCK. Yang menariknya orang ramai memberi respon yang baik kepada poster ini

 

Apa Yang Terjadi Selepas Itu?

Apa yang terjadi dengan selepas banner minta maaf ini dikeluarkan? Rata-rata pengguna media social dengan hati terbuka dan menerima dan reputasi KFC kembali kepada asal. Daripada permohonan maaf ini. Apa yang menariknya ialah liputan yang KFC dapat ini ialah seperti berikut:

219,138,216 Shared

melalui sosial media (twitter, facebook dan instagram)

dan…

796,709,795 reached

melalui media massa dan media cetak!

Wow… Tonton video ini untuk maklumat lanjut.

 

Jadi sebagai Pemilik Bisnes Apa Yang Anda Boleh Belajar Daripada Kes KFC UK ini?

Sebagai pemilik bisnes, apa yang kita boleh pelajari daripada kes ini adalah jangan cepat melatah. Fikirkan solusi untuk masalah tersebut kerana pasti ada hikmah disebalik semua perkara ini dan yang lebih penting anda haruslah berfikir “di luar kotak” tentang cara mengatasinya.

 

 

Leave A Comment

Say Something!
Say Hello!
You have your own vision for our marketing ut clueless on how to implement it? Worry not! We're to grow your brand.
Address
M-City, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur.
Contact Us
marketing[@]tamsidea.co
Say Hello!
You have your own vision for our marketing ut clueless on how to implement it? Worry not! We're to grow your brand.
Say Something!