Kisah ini bermula bagaimana dengan coklat yang biasa-biasa tak menjadi pandangan umum pada suatu ketika menjadi tumpuan di sosial media, media utama dan juga diperingkat nasional. Sangat menarik untuk dijadikan satu rujukan dan idea bagaimana dengan sedikit pemikiran kritital mampu memberikan impak kepada sesuatu produk.
ROM adalah merupakan salah satu produk coklat yang berasal dari Negara Romania. Diperkenalkan pada tahun 1964 dan masih wujud sehingga sekarang. Bar coklat ROM dibungkus dengan pembungkus bertemakan bendera Negara Romania sejak awal pengeluaran produk coklat ROM.
Coklat Rom
Kredit:pixabay
Masalah Utamanya?
Sejak mula diperkenalkan, coklat Rom memang menjadi pilihan tetapi semakin lama semakin merosot penjualannya. Kumpulan sasar produk ini iaitu remaja lebih terdedah dan gemar produk-produk daripada Amerika Syarikat seperti Snickers dan coklat-coklat lain. Akibatnya permintaan coklat ROM di Negara Romania malah makin menurun. Ditambah pula dengan keadaan ekonomi di Romania yang tidak menentu menambah burukkan lagi keadaan.
Jadi Bagaimana Coklat Romania Mahu Mengatasi Masalah Ini?
Suatu solusi menarik yang diambil oleh syarikat perusahaan coklat ini ialah satu solusi yang sangat mudah namun ideanya sangat sangat bernas! Mereka menukarkan pembalut daripada bendera Romania bagi mencabar “National Pride” negara tersebut!
Ditukar pembalut Bendera Romania Kepada Bendera Amerika Syarikat
Kredit:
Direktor Kreatif syarikat McCann Romania mengupload sebuah video di mana beliau memberitahu bahawa plastik pembungkus bar coklat ROM akan ditukar kepada BENDERA AMERIKA SYARIKAT
Video yang telah dimuat naik pembalut ROM ditukar kepada bendera Negara Amerika Syarikat
Kredit: fastcompany
Reaksi Orang Ramai Terhadap Video Tersebut?
Apa yang berlaku selepas syarikat McCann Romania menukarkan plastik pembungkus bar coklat ROM? Ramai rakyat Romania merasa sedih, marah, dan tercabar dengan tindakan syarikat McCann Romania tersebut. Selain itu, syarikat coklat tersebut juga membuat iklan dengan meletakkan headline dalam Bahasa Inggeris yang menaikkan lagi kemarahan rakyat Romania.
Iklan tersebut menyebabkan ramai rakyat Romania berkempen di Website dan Facebook untuk mempertahankan nilai kenegaraan mereka. Selain itu, ramai juga rakyat Romania memuat naik video kemarahan mereka dalam Youtube dan ada sesetengah mereka melakukan flash-mob untuk meluahkan rasa amarah dan ketidakpuasan hati mereka.
Hasil Kempen yang dijalankan
Akhirnya,setelah viral syarikat McCann Romania mengeluarkan kenyataan bahawasanya iklan dan penukaran plastik pembungkus bar coklat ROM tersebut hanyalah satu gurauan
Mungkin satu gurauan. Tapi memang satu kempen yang berjaya
Hasilnya?
Dalam masa 2 minggu, kempen tersebut mencapai kepada 67% rakyat Romania dan mendapat publisiti percuma bernilai 300,000 euros. Paling menarik, kempen tersebut mencapai apa yang seperti berikut:
- 20,000 pengguna mengikuti Facebook coklat ROM
- Beribu komen di Website coklat ROM
- Menjadi bar coklat terkenal di Romania dengan kenaikan 79%
- Pasaran coklat ROM meningkat kepada 20% berbanding pasaran coklat yang lain
- Coklat ROM dengan desain pembungkus bendera Negara Amerika Syarikat habis dijual.
Tonton video ini untuk penerangan lanjut:
Sabagai Founder/Owner Apakah Langkah Yang Boleh Pelajari Dari Coklat ROM Ini?
Sebagai pemilik bisnes, apa yang kita dapat pelajari dari kempen coklat ROM ini adalah kita seharusnya jangan cepat berputus asa sekiranya pesaing kita lebih daripada kita. Sebaliknya, kita harus berfikir luar dari kotak dan mencuba sedikit kelainan daripada kebiasaan yang kita lakukan .Dan yang paling penting strategi yang dibuat haruslah ada kesinambungan supaya tak menjejaskan positioning produk tersebut.