Dalam dunia persaingan perniagaan ketika ini , tidak dapat tidak sebagai seorang founder yang berjaya, pasti akan ada produk-produk lain yang akan meniru dan ambil bulat-bulat idea anda dan membuat satu lagi produk yang sama! Inilah yang bakal terjadi nanti. Terlalu banyak lambakan produk.

 

Lambakan Produk

 

Inilah yang dinamakan persaingan. Pesaing-pesaing pasti ada yang mengambil idea dan mengadaptasi menjadi produk mereka tak kiralah sama ada produk kesihatan mahupun pakaian.

 

Jadi Bagaimana Nak Mengatasi Masalah Ini

 

Salah satu penyelesaian yang anda boleh lakukan untuk mebezakan produk anda dengan orang lain adalah ‘positioning”. Barang yang sama, Niche yang sama tapi kenapa positioningnya berbeza?

 

Di dalam entry blog kami kali ini  kami nak tunjukkan kepada anda satu “case study” dengan satu produk di Australia ini bagaimana dengan produk yang sama yang ada dipasaran namun berjaya disebabkan positioning produk yang berbeza. Ini jugalah yang kita gelarkan sebagai Unique Selling Preposition (U.S.P). Produk tersebut ialah produk mandian untuk lelaki iaitu Old  Spice.

Produk Mandian Old Spice

Ini adalah salah satu Case Study contoh terbaik bagaimana positioning itu berlaku:

 

Tagline khas untuk lelaki. “Smell like a man,man”

 

Pernah tak anda mendengar tentang Old Spice? Bagi yang tak pernah mari kami kongsikan.

 

Old Spice merupakan satu brand yang menjual produk penjagaan diri seperti deodorant, syampu, sabun mandi dan lain-lain yang dikhaskan hanya kepada para lelaki. Brand Old Spice kini berada di pasaran sudah mencapai 80 tahun, bermula pada tahun 1937 sehinggalah sekarang.

 

Apa yang Syarikat Old Spice Ini Nampak?

Adakah anda semua perasan yang kaum lelaki selalu membeli sabun mandi, syampu dan sebagainya yang dikhaskan kepada wanita? Semua orang sedar yang lelaki langsung tak ambil kisah sangat dengan produk-produk penjagaan kulit, muka, dan badan dan hanya pakai apa yang ibu, kakak, adik perempuan atau isteri yang belikan kepada mereka.

 

Hal ini menyebabkan penurunan dalam penjualan barang-barang penjagaan diri khas untuk kaum lelaki sedangkan jualan produk khas untuk kaum wanita pula memuncak.

 

Perkara ini juga menyebabkan banyak jenama yang menjual penjagaan diri khas kepada kaum lelaki dalam kerugian. Jadi, bagaimanakah cara untuk jenama-jenama yang menjual produk penjagaan kulit, muka, dan badan untuk lelaki ini mendapatkan demand sebagaimana produk-produk penjagaan untuk wanita?

 

Inisiatif Dari Old Spice

Untuk melawan idealogi yang hanya perempuan sahaja yang perlu menjaga penampilan diri, Old Spice mengeluarkan sebuah iklan video untuk menarik perhatian para pengguna dengan menggunakan tajuk seperti “THE MAN YOUR MAN CAN SMELL LIKE” dan “SMELL LIKE A MAN,MAN”

 

Disebabkan kebanyakkan produk penjagaan diri kaum lelaki adalah dibeli oleh kaum wanita, jadi Old Spice mengambil inisiatif untuk membuat satu kempen yang ditujukan kepada wanita. Cara mereka menarik perhatian kaum wanita ini adalah dengan menggunakan model lelaki yang mempunyai ciri-ciri kelakian dan menanamkan satu rasa kemahuan agar pasangan mereka juga menjadi seperti model tersebut. Model tersebut ialah Isaiah Amir Mustafa

 

Iklan Old Spice

 

Reaksi Orang Ramai Mengenai Iklan Tersebut

 

Apa yang berlaku selepas Old Spice mengeluarkan iklan tersebut? Iklan ‘ THE MAN YOUR MAN CAN SMELL LIKE’ menjadi satu fenomena dalam dunia pengiklanan. Ramai orang menunjukkan minat terhadap iklan tersebut sehingga pada 3 bulan pertama 2010, 75% dari perbualan orang ramai adalah berkaitan dengan iklan Old Spice. Bukan tu je, malah ada juga mereka yang melakukan parodi iklan itu.

Video Case Study Old Spice

 

Respon dari Masyarakat Mengenai Iklan Ini

Kesan dari iklan ini ramai yang mula “engage” dan terlalu ramai yang meminta encore, Old Spice mengeluarkan satu kempen yang dipanggil Kempen Respon untuk menjawab persoalan dan mengeratkan lagi hubungan antara pengguna dengan brand tersebut.

 

Kesan Dari Kempen Tersebut?

 

Kempen itu diterima orang ramai dan menjadi kempen interaktif yang sangat popular dalam sejarah. Antara pencapaian dari kempen tersebut ialah:

  • 9 juta penonton dalam masa satu hari.
  • Mencapai tangga ke-8 dari 11 video popular.
  • 20 juta penonton dalam waktu tiga hari.
  • 40 juta penonton dalam seminggu.
  • Pengikut akaun Twitter meningkat kepada 2700%.
  • Interaksi dengan peminat Facebook meningkat sebanyak 800%.
  • Lawatan orang ke website Old Spice meningkat sebanyak 300%.
  • Menjadi video no. 1 yang paling banyak ditonton di Youtube.
  • Sales Old Spice meningkat sehingga 107%.

 

Satu lagi Kajian Kes untuk Old Spice anda boleh tengok disini:

 

Case Study Old Spice

 

Apa Yang Kita Dapat Pelajari Dari Kisah Old Spice Ini?

 

Sebagai seorang produk owner, kita seharusnya pandai menarik perhatian pelanggan dengan menggunakan cara pemikiran diluar kotak. Berfikir bagaimana cara mereka berfikir kerena pada akhirnya kita mahu pelanggan merasai apa “value” pada produk anda yang mampu menambah nilai dalam kehidupan seharian.

 

 

Leave A Comment

Say Something!
Say Hello!
You have your own vision for our marketing ut clueless on how to implement it? Worry not! We're to grow your brand.
Address
M-City, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur.
Contact Us
marketing[@]tamsidea.co
Say Hello!
You have your own vision for our marketing ut clueless on how to implement it? Worry not! We're to grow your brand.
Say Something!