Fast food sangatlah digilai oleh semua orang, tak kira lah dari peringkat umur. Pizza Hut, Dominos, Texas, KFC, dan Mc Donalds adalah antara syarikat fast food yang sangat terkenal di seluruh dunia.
Sebutlah salah satu brand ini dimana-mana, pasti semua orang tahu dan kenal. Setiap brand fast food ini terkenal dengan U.S.P (Unique Selling Point) menu masing-masing, terutama Mc Donalds yang terkenal dengan pelbagai menu burger mereka.
Namun, adakah anda tahu bahawa masih ada sesetengah masyarakat yang masih mempunyai persepsi negatif terhadap syarikat-syarikat fast food ini?
Mc Donalds blind test
Kredit: Mc Donalds
Bagaimana Persepsi Mc Donalds Di Itali?
Itali adalah satu negara yang indah dan terkenal dengan tempat-tempat dan bangunan-bangunan bersejarah. Makanan-makanan tradisional mereka juga sangat terkenal dan digilai oleh seluruh dunia. Disebabkan itu, Masyarakat Itali mempunyai prejudis terhadap syarikat fast food terutama dengan brand Mc Donalds kerana menganggap burger Mc Donalds adalah bukan burger yang sebenar.
Apakah Yang Dilakukan Oleh Mc Donalds?
Untuk menghilangkan prejudis masyarakat Itali terhadap brand mereka, Mc Donalds melancarkan satu kempen iaitu ‘blind test’ terhadap masyarakat Itali ini terutama di kawasan Milan. Menarik bukan?
Mc Donalds membuka satu restoran burger bertaraf mewah yang dikenali sebagai ‘Single Burger’ dan menjadikan dua chef terkenal sebagai creator kepada menu restoran tersebut. Namun sebenarnya, menu restoran tersebut adalah resepi asal burger Mc Donalds dan dihidangkan dalam pinggan flat selari dengan tema mewah yang dibawakan.
Apa Kata Mereka?
Beratus pelanggan datang dalam masa tiga hari selepas pembukaan restoran tersebut. Apa kata mereka yang datang ke restoran Single Burger tersebut? Pelanggan-pelanggan yang datang membeli, memuji burger-burger yang dijual di restoran Single Burger dan tiada seorang pun dari mereka mengutuk rasa burger-burger tersebut.
Tindakan Lanjut Dari Mc Donalds?
Tindakan lanjut dari Mc Donalds selepas melihat penerimaan masyarakat Itali terhadap rasa burger-burger mereka, Mc Donalds menjatuhkan banner ‘Single Burger’ dan menaikkan banner ‘Mc Donalds’ di restoran tersebut. Tindakan tersebut mengejutkan masyarakat Itali terutama penduduk di Milan.
Hasil Dari Tindakan Tersebut
Hasil dari tindakan tersebut, Mc Donalds mendapat:
- Lebih 3 juta views di social networks
- Media percuma berharga lebih dari € 230,000
- Lebih dari 26 juta impressions
- Jualan meningkat sebanyak +103%
Pengajaran Yang Dapat Dari Kisah Mc Donalds ini.
Sebagai produk owner, pernah tak anda mengalami kisah persepsi dari orang ramai seperti kisah Mc Donalds? Pasti pernah bukan? Tak semestinya sama, tapi pasti ada pelanggan yang tak percayakan produk atau servis anda sebelum mereka mencubanya, kan?
Pengajaran di sini adalah berfikir diluar kotak. Bagaimana dalam masa sama mengubah persepsi dalam masa yang sama mampu meningkatkan awareness pada brand tersebut.