31hb Oktober setiap tahun ialah hari Halloween yang mana kebanyakkan kanak-kanak di UK akan berpakaian menakutkan seperti witches, skeletons, badut, dan banyak lagi. Kanak-kanak diberi gula-gula agar tidak mengganggu ketenteraman awam, manakala orang dewasa pula menyiapkan pesta yang meriah untuk disambut beramai-ramai.

Siapa pernah tengok cerita IT. Kisah badut yang menakutkan kanak-kanak. Apa yang anda rasa bila dengar perkataan badut seperti itu? Takut atau gembira? Disebabkan selalu dimomokkan dengan cerita-cerita badut yang menakutkan, ramai orang yang takut dengan badut.

Badut..Takut Tak?!!

Kredit: Burger King UK

Apakah Kaitan Antara Burger King Dan Badut?

Burger King faham akan situasi dimana ramai orang yang takut akan badut dan untuk menaikkan semangat dan keberanian mereka, Burger King melancarkan sebuah kempen yang dipanggil “Scary Clown Night”, disertakan dengan sebuah iklan video yang bertemakan thrill sempena hari Halloween di Spain kali ini.

Di dalam video tersebut, Burger King menggunakan gambaran badut-badut yang menakutkan sesuai dengan tema Hari Halloween yang thrill. Tapi tahukah anda badut yang menjadi main character dalam iklan tersebut sama dengan badut maskot Mc Donalds?

Betul tu! Burger King memerli rival mereka iaitu, Mc Donalds dalam iklan horror mereka sempena bulan Halloween dengan menggunakan maskot Mc Donalds yang menakutkan dalam iklan mereka. Dalam iklan tersebut, Burger King menawarkan percuma Whooper kepada mereka yang memakai pakaian badut pada malam Halloween dengan menggunakan taglineCome As A Clown, Eat Like A King”.

 

 

 Turut mendapat liputan media

Apakah Yang Berlaku Seterusnya?

Iklan tersebut menjadi viral dan menjadi hot issue dalam berita-berita televisyen dan juga dalam social media.Dan tibanya hari Halloween, iaitu 31 Oktober, orang ramai memakai pakaian badut ke restoren fast food Burger King di serata tempat dan menggunakan tagline “ I Want My Whooper ” untuk mendapatkan free Whooper.

Hasil Dari Kempen Tersebut

Hasil dari kempen tersebut, Burger King mendapat:

  • 110,000 badut datang ke restoran Burger King pada malam Halloween
  • Global sales meningkat sebanyak 15%
  • Traffik restoren meningkat sebanyak 21%
  • 1 billion impression dari pelbagai media
  • $ 22.4 million earned media

 

Pengajaran Yang Dapat Daripada Kisah Burger King Ini

Pengajaran yang boleh diperolehi dari kisah ini adalah, para pembisnes haruslah kreatif dalam menaikkan brand awareness supaya pelanggan-pelanggan akan nampak kelebihan dalam produk anda. Sifat memerli itu tidak baik tapi anda haruslah mempunyai idea yang kreatif dalam meningkatkan competitive advantange syarikat anda.

 

 

 

 

Leave A Comment

Say Something!
Say Hello!
You have your own vision for our marketing ut clueless on how to implement it? Worry not! We're to grow your brand.
Address
M-City, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur.
Contact Us
marketing[@]tamsidea.co
Say Hello!
You have your own vision for our marketing ut clueless on how to implement it? Worry not! We're to grow your brand.
Say Something!