Trend Viral
Dalam dunia media sosial ini, siapa yang tak mahu dikenali bukan? Lebih-lebih lagi jika anda seorang usahawan. Anda semestinya mahu masyarakat mengenali diri dan jenama anda. Bila jenama sudah dikenali maka kepercayaan pelanggan akan meningkat.
Trend Peniaga Demi Untuk Viral
Seperti yang kita semua tahu, media sosial kini telah menjadi platform terbaik untuk mempromosikan produk. Sebut sahaja Facebook, Instagram, Youtube, Twitter atau Whatsapp, dari golongan tua sehinggalah kanak-kanak mengetahuinya. Pelbagai teknik yang boleh digunakan untuk menjadikan viral
Akan tetapi untuk sesuatu perniagaan adalah penting untuk mendapat content viral yang bermutu dan bukan viral yang merapu. Bad marketing is a good marketing tidak sepatutnya digunapakai jika ingin bertahan lama dalam pasaran.
Anda juga dalam masa yang sama jangan biar orang ramai muak dengan cara pemasaran anda.
Cipta Content Simple Tapi Tetap Memukau dan Mampu Viral!
Bagaimana nak hasikan content yang pendek tapi tetap mendapat engagement dan di pick-up oleh Page-Page terkenal . Kami di Tams Idea membuktikan dengan content simple seperti ini mampu membuat ia viral. Salah satu yang kami sediakan ialah content untuk brand Wonder Cheese. Pada permulaannya ia viral di satu laman di Facebook iaitu Viral Media Johor.
Ye betul. Kami hanya tulis content tentang permainan yang selalu dimain kanak-kanak pada zaman 90-an dahulu. Nampak mudah ? Tapi siapa sangka ia mampu tular di media sosial kan? Laman yang mempunyai lebih 1.6 Juta pengikut itu telah memberi kredit kepada Wonder Cheese sekaligus menaikkan brand awareness.
Bukan hanya tular di satu laman Facebook, tetapi tiga! Antara laman lain yang turun memuatnaik post yang sama Siakap Keli dan Saya Orang Johor.
‘Bina’ Value Disebalik Content
Laman-laman besar di Facebook ‘mempromosikan’ brand tersebut tanpa dipaksa, tidak dibayar dan tanpa ‘publisiti murah’. Bagaimana?
Sebab kami tahu apa yang masyarakat mahu dan perlu. Mereka sudah jemu dengan hard sell, mereka lebih sukakan content yang santai. Walaupun penulisan simple masyarakat masih boleh tahu tentang jenama tersebut.
Seperti di atas. Content kami hanya tentang jenis permainan, namun capaian tinggi disebabkan kami berjaya triggered orang ramai tentang permainan yang pernah mereka main. Masyarakat akan imbas kembali kenangan dahulu semasa zaman 80-90 an.
Capaian juga akan meningkat apabila mereka tag kenalan di media sosial. Dalam tidak sedar, dalam meneliti jenis permainan ‘mata’ masyarakat juga akan terlihat nama brand yang membuat content. Perkara ini semestinya menjadi nilai tambah kepada jenama tersebut.
Kuasa Content Pengaruhi Brand Awareness
Memang ‘tular’ itu penting untuk menaikkan brand awareness namun cara dan nilai disebaliknya juga perlu diambil kira. Kami berjaya naikkan content laman Wondercheese yang hanya memiliki 44,833 pengikut ke capaian yang lebih tinggi. Hasilnya :-
- Capaian Content di Laman Viral Media Johor (Pengikut : 1,691,700 orang)
- Likes : 2,756
- Komen : 164
- Perkongsian : 2,313
- Capaian Content di Laman Siakap Keli (Pengikut : 5,744,265 orang)
- Likes : 9,174
- Komen : 426
- Perkongsian : 7,233
- Capaian Content di Laman Saya Orang Johor (Pengikut :596,769 orang)
- Likes : 247
- Komen : 11
- Perkongsian : 117
Kepada peniaga khususnya, anda perlu bijak menggunakan medium yang disediakan untuk memasar dan memperkenalkan brand anda. Tampilkan nilai dan content yang boleh triggered orang ramai untuk ‘berinteraksi’ dengan anda.
Anda sebenarnya perlu mengenali pelanggan anda dahulu untuk memperkenalkan jenama anda kepada mereka. Buat research tentang target audiens anda. Jika golongan wanita atau ibubapa, anda perlu tahu perkara apa yang mereka inginkan atau sesuatu yang mereka perlu tahu. Anda juga perlu bijak meneka content yang bakal tarik perhatian mereka.