Kempen Pemasaran
Semua peniagaan tidak kira besar atau kecil semestinya mempunyai tujuan yang sama iaitu memperolehi keuntungan. Untuk merealisasikan matlamat tersebut, peniaga sudah pasti akan menggunakan pelbagai cara dan teknik. Hal ini termasuklah dengan kempen pemasaran yang mempunyai misi untuk meningkatkan brand awareness, influence consideration dan mendorong pelanggan supaya membeli.
Kini dapat dilihat bahawa kebanyakan peniaga akan menggunakan medium digital untuk melancarkan kempen pemasaran mereka. Hal ini disebabkan oleh penggunaan media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan Whats app yang semakin berkembang dari hari ke hari. Ini membuka peluang kepada peniaga untuk melonjakkan brand awareness mereka secara lebih pantas dan efektif.
Kebiasaanya, kaedah yang digunakan oleh peniaga untuk menjalankan kempen tersebut adalah seperti video teaser, video promosi dan content infografik. Hal ini demikian kerana masyarakat mudah tertarik dengan gambaran secara visual berbanding teks. Disebabkan itu, lambakan video mula muncul di media sosial.
Mungkin ada sebahagian peniaga yang bijak mengeluarkan idea dan menukarnya dalam bentuk content visual yang menarik. Namun, terdapat peniaga yang mengambil langkah mudah untuk tular dengan membuat video yang tidak sesuai dan terlalu hard sell. Perkara seperti ini tentunya akan membuatkan penonton bosan dan tidak tertarik untuk mengetahui lebih lanjut tentang brand peniaga itu.
[Baca juga :Collateral Diaplikasikan Oleh Jenama Tempatan Bagi Menaikkan Nilai Eksklusif ]
Tonjolkan Nilai Disebalik Kempen Pemasaran Sesuatu Brand
Siapa yang tidak kenal Steve Job? Nama yang sangat besar dalam industri pemasaran dunia. Beliau merupakan Co-founder Apple Inc yang mereka cipta, membangun serta menjual peralatan elektronik, perisian komputer dan perkhidmatan dalam talian. Kata-kata beliau sehingga ke hari ini tetap menjadi peringatan dan inspirasi kepada semua.
Menurutnya, pemasaran bukan sekadar untuk keuntungan, ia adalah tentang nilai yang perlu disampaikan kepada masyarakat. Di era yang sedia rumit dengan persaingan, kita tidak mempunyai peluang untuk diingati oleh orang ramai, terutamanya syarikat yang baru bermula. Jadi, kita perlu jelas tentang apa yang mahu dicapai.
Walaupun mempunyai jenama besar, ia masih perlu melakukan perlaburan seperti kempen pemasaran supaya kekal releven dan kukuh. Lihat sahaja jenama Nike, mereka menjual barangan sukan dan keperluan riadah. Namun apa yang membezakan Nike dengan syarikat lain adalah ia tidak pernah ‘bercerita’ secara langsung mengenai produk mereka.
Nike telah menunjukkan apresiasi kepada para atlet yang bersungguh-sungguh untuk mendapatkan medal. Mereka menunjukkan visual mudah bagaimana seorang atlet berlari, melompat dan sebagainya. Penonton yang tertarik dengan video berkenaan akan menontonnya sehingga habis dan akhirnya mengetahui bahawa video berkenaan dihasilkan oleh Nike.
Steve menyatakan bahawa Apple telah mencuba pelbagai teknik untuk menjadi jenama terulung di dunia. Strategi pemasaran mungkin sentiasa berubah namun beliau percaya nilai disebalik pemasaran itulah yang membuatkan Apple terus bertahan sehingga ke hari ini.
Kempen Apresiasi Wanita Dilancarkan Oleh Jenama Tempatan
Terinspirasi dengan perkara itu, Tams Idea telah menghasilkan sebuah video pada 2 April 2018 untuk kempen pemasaran produk tempatan iaitu Herfit. Herfit ditubuhkan pada tahun 2009 yang memasarkan produk kesihatan dan kecantikkan untuk golongan wanita. Oleh kerana pelanggan sasaran syarikat tersebut adalah wanita, Tams Idea telah mencari tema yang sesuai untuk menarik perhatian golongan tersebut.
Tams Idea telah menetapkan tema woman appreciation sebagai content utama dalam video kempen. Hal ini untuk menunjukkan bahawa jenama (Herfit) sangat menghargai kaum wanita. Ia menceritakan tentang kehidupan wanita yang bergelar seorang isteri dan ibu. Video tersebut bertajuk Appreciation Of Women.
Video dimulakan dengan rutin harian seorang isteri iaitu mengejutkan anak, membuat sarapan, mengemas rumah dan melayan kerenah keluarganya. Tams Idea sentiasa mencari idea baru supaya setiap visual dan content video yang dihasilkan ‘dekat’ dengan diri penonton.
Setiap Content yang dihasilkan oleh Tams Idea sangat dititik beratkan supaya dapat menyentuh hati para penonton. Malah visual yang diambil juga perlu selari dengan mood woman apreciation.
Visual yang ditonjolkan oleh Tams Idea adalah tentang pengorbanan seorang wanita yang kadangkala dianggap remeh. Malah sesetangah pihak mungkin beranggapan bahawa kerja sebagai seorang suri rumah mudah. Oleh itu, Tams Idea mengambil inisiatif untuk menunjukkan sisi lain seorang wanita.
Tams Idea ‘menyerlahkan’ nilai untuk menghargai kaum wanita. Para suami perlu menunjukkan penghargaan kepada isteri walaupun dengan cara yang paling mudah seperti membantu membuat kerja rumah. Selain daripada menerapkan nilai tersebut, Tams Idea juga tidak lupa untuk meletakkan logo Herfit diakhir video supaya penonton ‘sedar’ akan jenama tersebut.
Justeru, video kempen tersebut tidak nampak seperti hard sell yang seolah memaksa penonton untuk membeli barangan mereka. Dalam masa yang sama dapat meningkatkan brand awareness jenama berkenaan.
Implikasi Nilai Disebalik Video Melonjakkan Brand Awareness
Talent yang dipilih dalam pembikinan video ini adalah seramai 3 orang iaitu mewakili sebuah keluarga kecil yang memegang watak sebagai isteri, suami dan anak. Talent wanita tersebut adalah Intan Salleh yang namanya melonjak naik berkaitan isu peribadinya bersama bekas suami.
Hal ini ternyata menjadi salah satu faktor video yang dihasilkan oleh Tams Idea mendapat perhatian masyarat. Di samping peka dengan isu woman appreciation, perasaan simpati kepada Intan juga telah menjadikan video berkenaan ‘dekat’ dengan penonton. Mereka seolah-olah turut merasakan kesedihan yang dihadapi oleh talent wanita terbabit.
Video tersebut nyata telah meningkatkan brand awareness Herfit kerana berjaya mencapai :-
[1] Lebih 35,700 capaian
[2] 309 likes
[3] 19 komen
[4] 84 perkongsian
Sentiasa Inovatif Dan Mencari Peluang Untuk Kekal Releven
Para peniaga perlulah sentiasa kreatif dan inovatif dalam menjalankan kempen pemasaran. Sentiasa perbaiki kesilapan yang berlaku dan mengambil sisi positif dari kejayaan kempen dan tambah baik supaya lebih berjaya. Jangan takut mencuba sesuatu yang baru namun perlu tahu membezakan antara content yang positif atau sebaliknya.
Selain itu, peniaga perlu menghargai peluang yang datang dan gunakannya sebaik mungkin. Hasilkan content yang mempunyai nilai supaya masyarakat sentiasa mengingati brand anda. Gunakan jalan cerita yang berkait rapat dengan kehidupan masyarakat supaya mereka boleh ‘relate’ dan ‘engage’.
Mungkin semua peniaga mampu menghasilkan video, tetapi tidak semua video mampu ‘menyentuh hati’ para penonton.