Tahukah anda, syarikat yang tidak melakukan BRANDING dalam tempoh tiga tahun akan menghadapi masalah untuk mengekalkan perniagaannya dengan persaingan yang cukup sengit. Buktinya, ramai yang pada mulanya berjaya tapi akhirnya ‘lingkup’.
Sebagai business owner, kalau anda tidak lakukan sesuatu terhadap perniagaan anda, anda juga bakal berada dalam situasi yang bahaya ni.
Branding adalah satu usaha marketing dimana syarikat mencipta nama, simbol atau reka bentuk yang mudah dikenal pasti identitinya. Ini penting bagi membezakan anda dengan pesaing-pesaing yang lain.
Branding yang anda bina ini bakal menjadi representasi sebenar siapa anda sebagai peniaga, perniagaan anda dan bagaimana anda ingin dilihat.
Terdapat banyak cabang yang digunakan untuk membangunkan branding. Antaranya ialah pengiklanan, perkhidmatan pelanggan, promosi barangan, reputasi dan logo. Kesemua elemen ini berfungsi serentak untuk mewujudkan satu profil profesional yang menarik.
Jadi Kenapa Branding Ini Penting?
Branding sangat penting dalam proses mengembangkan perniagaan agar lebih dikenali dan diingati oleh ramai orang. Branding boleh mengubah cara orang melihat jenama anda, ia boleh memacu perniagaan ke tahap yang lebih baik walaupun perniagaan tersebut perniagaan yang baru. Apatah lagi jika perniagaan yang sudah lama bertapak tapi masih belum berkembang.
1. Branding Buat Orang Lebih Kenal
Anda mesti kenal jenama McDonald’s ataupun KFC kan? Bagaimana strategi branding mereka ini boleh melekat dalam kepala anda. Branding sangat penting untuk perniagaan kerana ia adalah cara bagaimana sebuah syarikat mendapat pengiktirafan dan dikenali dalam kalangan pengguna.
Seperti juga McDonald’s, logo adalah elemen branding yang paling penting kerana ia pada dasarnya adalah wajah syarikat. Inilah sebabnya mengapa reka bentuk logo profesional harus lebih menarik dan mudah diingati, membuat orang ingat pada pada sesuatu jenama hanya dengan pandangan pertama.
2. Branding Meningkatkan Value Syarikat
Kita bukannya nak berniaga sehari. Harini buka esok dah tutup. Bila bercerita mengenai nilai atau value, makanya branding memainkan peranan penting dalam percubaan meningkatkan ‘level’ perniagaan pada masa hadapan.
Branding yang mantap dapat meningkatkan nilai perniagaan dengan membuka lebih banyak peluang di dalam industri. Ini menjadikannya peluang pelaburan yang lebih menarik kerana tempat yang kukuh di dalam pasaran.
3. Branding Mampu Tarik Pelanggan Baru
Branding yang baik mampu menjadikan pelanggan anda yang sedia ada sebagai agen yang akan menguar-arkan perniagaan anda kepada kenalan mereka. Branding yang power secara amnya dapat memberi kesan positif terhadap syarikat di kalangan pengguna sekaligus mampu menarik pelanggan-pelanggan yang baru untuk mencubanya juga!
4. Mewujudkan “Trust” Dalam Pasaran
Penampilan profesional dan branding yang disusun dengan baik akan membantu syarikat membina kepercayaan dengan pengguna dan bakal pelanggan. Orang lebih cenderung untuk melakukan perniagaan dengan syarikat yang mempunyai imej tersendiri dan profesional. Menjadi jenama dengan betul memberi kesan kepada industri dan membuatkan orang ramai merasa seolah-olah mereka boleh percaya bukan saja pada syarikat anda, malah produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.
5. Branding Menyokong Pengiklanan
Apabila branding anda power, secara tidak langsung apa jua strategi pengiklanan akan lebih dipercayai. Ini kerana branding secara tidak langsung memberikan keyakinan dan memudahkan jalan untuk mencapai sesuatu objektif pengiklanan tersebut.
Untuk membantu syarikat-syarikat SME diluar sana yang masih mencari objektif sebenar branding, anda perlukan pakar dari syarikat agensi pengiklanan yang boleh membantu anda.
Nak tahu bagaimana Tams idea Boleh bantu anda dalam branding? Klik link dibawah..