Bagi kami di Tams Idea Sdn Bhd selaku agensi digital marketing, menjalankan kempen untuk memasarkan jenama syarikat-syarikat SME(small medium entrepreneur) adalah sesuatu yang menarik bagi kami kerana ada pelbagai teknik yang boleh kami aplikasikan.
Menjelang tahun 2020, perkara terbaik ialah belajar dari kesilapan orang lain. Ini setidaknya boleh membantu menyelamatkan anda daripada melakukan kesilapan yang sama.
Jadi hari ini, kami ingin senaraikan kepada anda apakah kesilapan yang harus anda elakkan menjelang tahun 2020.
1. Tak ada perancangan marketing
Cubaan mempromosikan jenama tanpa membuat perancangan awal adalah seperti menembak tanpa hala tuju. Untung sabut timbul kalau tak untung ha kan dah rugi.. Jadi bagi mengelakkan kerugian adalah penting untuk anda plan sebaiknya perancangan selama setahun dan berapa figura nombor yang anda nak capai pada tahun hadapan.
2. Bisnes tak jelas, tiada kelainan berbanding orang lain
Bisnes anda tak semestinya sama walaupun pada mata kasar nampak sama. Walaupun anda menjual barangan yang sama adalah penting untuk anda ketahui apakah kelebihan dan kelainan yang anda tampilkan bagi menampakkan perbezaan. Inilah yang dinamakan sebagai USP ataupun unique selling point.
3. Nak jadi “Tuhan”
Kebanyakan peniaga yang dilihat sebelum ini suka sangat nak jadi tuhan. Nak jadi tuhan? Jadi tuhan yang macamana? “Ya, semua perkara boleh diselesaikan dengan menggunakan produk xxx”. Ehhh tak boleh la macam tu…
Walaupun produk anda tu mampu menyembuhkan pelbagai penyakit tetapi mesti ada sesuatu yang utama yang perlu anda tonjolkan. Ini penting bagi memudahkan marketing dan penyampaian mesej yang jelas kepada pelanggan.
4. Pandang rendah pada Mouth-to-Mouth Marketing
Pemasaran paling berkesan sebenarnya adalah melalui pelanggan yang sedia ada. Mereka adalah agen bagi menyebarkan lagi kebaikan produk anda. Ramai yang pandang enteng dengan pelanggan sedia-ada kerana tak buat follow-up atau tak bertanya khabar dengan pelanggan yang sedia ada sedangkan merekalah nadi kepada bisnes anda.
5. Takut pada media sosial
Di zaman revolusi Marketing 4.0, sudah semestinya media sosial memainkan peranan penting untuk mendapat capaian kepada para pelanggan. Inilah medium paling pantas buat masa kini untuk para peniaga agar kekal relevan dan kekal “engage” dengan pelanggan dan bakal pelanggan.
6. Tak mahu cuba strategi baru marketing
Sedar tak sedar setiap tahun strategi marketing sentiasa berubah. Sebagai contoh, kalau dulu tak ada ‘live’ kini ‘live’ semakin mendapat perhatian. Posting pula kalau dulu mendapat reach yang tinggi tapi tidak lagi pada sekarang ini. Begitu juga dengan strategi untuk kempen sesebuah marketing. Adalah bagus untuk SME mencuba medium ataupun teknik terbaru yang mana boleh membantu meningkatkan produk anda berbanding pesaing-pesaing yang lain.
7. Tak belajar dari pesaing
Belajar tak semestinya meniru. Jika anda meniru maknanya anda selangkah dibelakang daripada pesaing anda. Yang paling penting bagi anda adalah untuk anda belajar dan tambah baik apa yang pesaing anda dah lakukan. Sebaiknya anda buatlah swot analysis untuk memastikan apa kelebihan dan kelompongan yang boleh anda ambil peluang untuk berada 120 langkah kehadapan berbanding pesaing-pesaing anda.
Jangan lupa juga sekiranya anda perlukan khidmat nasihat untuk meningkatkan branding anda agar lebih tinggi dari pesaing anda, Tams Idea boleh membantu anda. Klik link dibawah untuk maklumat lanjut.