Tahun 2019 menunjukkan kebangkitan ekonomi terutamanya melibatkan ekonomi peniaga bumiputera menerusi kempen Buy Muslim First #BMF.

Kempen #BMF (Buy Muslim First)

BMF merupakan kempen agar mendahulukan semua produk bumiputera muslim sebelum membeli produk yang lain. Dapat dilihat jenama-jenama muslim yang tak pernah kedengaran sebelum ini.

Namun apakah impaknya dan berapa lamakah sebenarnya kempen seperti kempen BMF ini boleh bertahan? Adakah apabila timbulnya isu baru nak hangat semula dan kemudiannya senyap kembali? Adakah kita nak berniaga dalam musim tertentu sahaja?

Kami di Tams Idea ingin kupaskan apa perkara “Do & Donts” untuk anda sebagai peniaga yang boleh dijadikan panduan bagi meningkatkan lagi branding dan memastikan perniagaan anda kekal relevan dalam pasaran.

Do

Tingkatkan Lagi After Sales Service

Rata-rata peniaga tak kiralah samada muslim ataupun tidak mempunyai masalah dengan after sales servis. Ramai yang tak nampak kepentingan after sales ini. Sebenarnya after sales servis inilah kunci utama yang membolehkan para pelanggan sedia ada anda berupaya bertukar menjadi agen untuk menghebahkan lagi kebaikan mengenai produk anda.

Perbanyakkan lagi Branded Content

Untuk berjaya dalam perniagaan dalam era revolusi Marketing 4.0, adalah penting untuk menguasai fungsi media sosial. Ini menunjukkan kewujudan brand anda dalam pasaran. Lebih afdal jika anda memperbanyakkan kandungan dalam media sosial yang berkaitan dengan bisnes anda. Ini secara tidak langsung memberikan satu pandangan bahawasanya anda adalah pakar dalam bidang tersebut.

Fokus Pada Customer Experience

Fokus kepada user experience. Kenapa orang sanggup beli BMW walhal mereka boleh beli kereta yang lebih murah? Ini kerana pengalaman pemanduan BMW berbeza dari kereta yang lain. Dan itulah apa yang BMW ingin posisikan brand mereka.

Don’t

Hype marketing

Seringkali marketing seperti ini dilakukan oleh brand-brand tempatan dalam dua tiga tahun kebelakangan ini. Ya, untuk meletupkan sesuatu brand memang perlu menjanjikan sesuatu hasil akan tetapi jika terlampau hype dan apa yang dijanjikan tak sama dengan apa yang pelanggan dapat, ini secara tidak langsung menimbulkan kecaman dan secara tak langsung memberikan nama buruk kepada brand tersebut.

Viral yang menjatuhkan

Terdapat juga peniaga-peniaga yang gemarkan untuk mendapatkan video viral. Ya, video viral pada satu sudut membantu memberikan brand awareness kepada brand tersebut akan tetapi sejauh mana orang akan kekal ingat pada brand tersebut?

Orang mungkin ingat pada lawak ataupun isu tersebut tapi tidak pada brand. Satu lagi yang harus diingat, perkara yang viral selalunya hanya mampu bertahan paling lama 2 minggu sahaja dan orang akan melupakan perkara tersebut. Perkara yang penting untuk peniaga ialah untuk dapatkan database untuk tujuan jangka masa panjang.

Idea marketing melibatkan perkauman

Dove pernah membuat iklan berbentuk rasis sebelum dipadam

Untuk yang pertama adalah baik untuk kita mengutamakan produk bumiputera. Sebagai contoh ialah kempen #BMF ini yang mana produk muslim dijadikan keutamaan. Akan tetapi adalah tidak wayar sekiranya kita menggunakan isu perkauman sebagai contoh menjatuhkan produk bangsa lain. 

Adalah lebih baik jika kita serlahkan kekuatan dan kelebihan apa yang kita boleh tawarkan berbanding menjatuhkan orang lain.

Itu sahaja, harapnya dapat membantu anda menambahkan lagi ilmu anda.Oh terlupa, sekiranya nanti anda nak tahu bagaimana kami di Tams Idea boleh bantu untuk naikkan branding produk anda klik di bawah ini;

Leave A Comment

Say Something!
Say Hello!
You have your own vision for our marketing ut clueless on how to implement it? Worry not! We're to grow your brand.
Address
M-City, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur.
Contact Us
marketing[@]tamsidea.co
Say Hello!
You have your own vision for our marketing ut clueless on how to implement it? Worry not! We're to grow your brand.
Say Something!