Tahun 2020 semakin menghampiri kita. Banyak teknik dan trend pemasaran yang anda dapat lihat sepanjang tahun 2019 yang lalu. Semakin hari semakin banyak pesaing dan dalam masa yang sama, teknik dan gaya pemasaran anda sebagai pemilik bisnes haruslah selari dengan cabaran yang bakal mendatang pada tahun 2020.

Dalam entri kali ini kami di Tams Idea ingin berkongsi dengan anda apakah trend pemasaran digital terkini yang dapat dilihat menjelang tahun baru 2020 nanti melalui platform digital.

Semoga perkongsian ini mampu memberikan anda sedikit idea tentang bagaimana dan apa strategi yang harus anda gunakan untuk pemasaran tahun hadapan. Trend ini didapati melalui hasil pengamatan dan pemerhatian trend terkini dari dalam mahupun luar negara.

1) Pembelian Di Social Media Mula Berubah Kepada E-commerce

Kempen besar-besaran dari marketplace (shopee,lazada,etc) memberi impak kepada cara pembelian rakyat Malaysia
Credit:shopee

Semenjak dua tiga tahun kebelakangan ini, kita dapat lihat yang trend pembelian melalui media sosial semakin berkurangan. Kalau dua tiga tahun kebelakangannya, peniaga membuat iklan melalui media sosial, boleh dikatakan leads terus masuk ke whatsapp dan mudah untuk membuat jualan, namun dek kerana promosi besar-besaran marketplace seperti Lazada mahupun Shopee sempena 9.9 mahupun 11.11 menyebabkan trend pembelian berubah kepada e-commerce.

Trend ini secara tak langsung membuatkan pengguna lebih terbiasa dengan cara dan kaedah bagaimana cara pembelian dibuat melalui e-commerce. Dalam kata lain, sebagai peniaga anda juga harus memasuki bukan hanya media sosial tetapi juga harus wujud dalam marketplace seperti Lazada, Shopee dan website sendiri. Malah di Shopee sendiri pun sudah ada iklan berbayar yang anda boleh cuba gunakan.

Penggunaan media sosial adalah lebih kepada brand awareness untuk orang lebih kenal dengan produk namun kebanyakan pembelian berlaku melalui platform e-commerce. Lain pula ceritanya sekiranya anda dalam bisnes seminar ataupun servis, anda masih boleh menjual secara agresif di media sosial. Untuk bisnes penjualan produk, kami cadangkan anda untuk mula mencuba platform-platform marketplace yang lain juga untuk pembelian.

2) Sharing Screenshot dari Twitter Post

Teknik sharing dari twitter yang digunakan oleh speaker antarabangsa
Credit : Garyvee

Jika diikutkan tweet di Twitter memang laju berbanding di platform media sosial yang lain. Banyak berita-berita terkini sampai lebih cepat di platform Twitter. Kebanyakkan posting di Twitter yang banyak mendapat retweet amat sesuai untuk diambil dan dipostkan semula di Facebook mahupun Instagram. Teknik ini dilihat banyak digunakan oleh speaker-speaker antarabangsa dalam memberikan lebih engagement kepada follower masing-masing.

3)Youtube Content

Top Youtubers Malaysia
Credit: blog silvermouse

Tahun 2019 dapat dilihat ramai yang dah mula untuk cuba menjadi youtubers dari orang biasa, selebriti-selebriti sehinggalah ke jutawan-jutawan kosmetik. Dijangkakan menjelang tahun 2020 lebih ramai orang akan mula menjadikan Youtube sebagai platform untuk membuat pemasaran. Harus diingat content di platform Youtube yang menarik memainkan peranan yang penting dalam menarik minat orang untuk pergi ke channel anda. Antara content yang dicadangkan adalah content yang berbentuk “education” ataupun content yang berbentuk “entertainment”.

4)Mikro Influencer Marketing

Sebelum ini ramai yang menyangka dengan menggunakan influencer yang memiliki beratus ribu mampu menaikkan lagi jualan. Tapi hakikatnya, jalan yang terbaik untuk mendapatkan audience dengan lebih berkesan adalah dengan menggunakan mikro influencer yang mempunyai lebih engagement dengan followers mereka. Ini kerana follower mereka lebih spesifik, walaupun jumlah follower mereka tidak ramai.

5)Rapid dan Authentic

Dek disebabkan persaingan, dapat dilihat orang lebih suka menggunakan story berbanding posting yang biasa. Ini disebabkan ianya lebih rapid dan cepat. Posting juga seharusnya lebih kearah authentic di mana tak perlukan editing yang banyak. Gambar real. Tiada edit. Tiada filter. Ini kerana orang akan lebih percaya dengan posting yang bersifat natural.

6)Tik Tok Marketing

Salah satu kempen Awareness McDonalds melalui medium Tik Tok yang berjaya
Credit: Mc Donalds/Leo Burnett

Dalam memasarkan produk, salah satu kaedah yang peniaga boleh gunakan adalah dengan menggunakan platform Tik Tok. Sebagai contoh, lihat bagaimana McDonalds mempromosikan #BigMacTikTok Challange. Medium Tik Tok digunakan adalah untuk mengadakan pertandingan dan secara tak langsung mempromosikan burger Big Mac. Ini membuktikan bahawa Tiktok juga boleh digunakan sebagai medium pemasaran.  Malah untuk mempromosikan lagu juga boleh diadakan melalui medium Tik Tok ini sepertimana yang dilakukan oleh Hael Husaini.

Jadi jangan sangkakan Tik Tok tak boleh dijadikan medium pemasaran. Hanya cara dan teknik sahaja mungkin sedikit berbeza.

Jadi anda dah sedia untuk cabaran 2020? Jika perlukan sebarang teknik pemasaran kreatif dalam dunia digital, serahkan saja kepada kami di Tams Idea!

Leave A Comment

Say Something!
Say Hello!
You have your own vision for our marketing ut clueless on how to implement it? Worry not! We're to grow your brand.
Address
M-City, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur.
Contact Us
marketing[@]tamsidea.co
Say Hello!
You have your own vision for our marketing ut clueless on how to implement it? Worry not! We're to grow your brand.
Say Something!