KFC merupakan jenama “fast food” terkemuka dengan ayam goreng yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Untuk menambahkan lagi pilihan menu di KFC, bermula dari tahun 2012, KFC telah mula memperkenalkan menu terbarunya iaitu Zinger Double Down. Ianya adalah sejenis burger tanpa roti, hanya daging di atas daging dan di atas daging. Sebaik pengenalan Zinger Double Down ini di Malaysia, sambutan pada awalnya ternyata di luar jangkaan.
Walau bagaimanapun, pada tahun 2014 apabila diperkenalkan sekali lagi, populariti Zinger Double Down ini berkurangan secara mendadak kerana adanya banyak pesaingan daripada beberapa kategori burger restoran fast food yang lain.
Jadi tugas untuk membuat “comeback” pada tahun 2017 ditugaskan kepada Agency Naga DDB Tribal untuk mencetuskan idea bagaimana untuk menaikkan kembali populariti Double Zinger Down ini dalam kalangan rakyat Malaysia.
Maka dengan itu, satu kempen Made for the Bold telah dijalankan dengan satu mesej yang jelas iaitu “It takes guts to try the KFC Zinger Double Down.”
Kempen Made For The Bold ini mendapat hasil yang tak dijangkakan. Ini kerana kempen ini telah melangkaui jangkaan dengan 7 kali ganda penjualan. Menjelang minggu keempat penjualan, KFC Zinger Double Down habis terjual.
KFC Zinger Double Down mencanak naik jualannya sehingga 148%, iaitu dua kali ganda daripada tahun sebelumnya. KFC juga telah berjaya mencapai sasaran jualan mencecah 5.4 juta transaksi pelanggan semasa kempen ini berlangsung, 7 kali ganda daripada sasaran awal.
Disebabkan kejayaan tersebut, untuk tahun 2019, Naga DDB Tribal ditugaskan sekali lagi untuk melancarkan KFC Zinger Double Down. Kali ini tugasannya semakin mencabar memandangkan kesedaran orang ramai untuk mengamalkan gaya hidup sihat mula meningkat dalam kalangan rakyat malaysia.
Bagaimana mereka mempromosikan burger yang pelik seperti Zinger Double Down ini memandangkan kesedaran masyarakat tentang kesihatan kian meningkat? Mampukah KFC melakukan pemasaran untuk menaikkan kembali Zinger Double Down ini? Jadi satu idea kreatif yang diluar kotak amat-amat diperlukan bagi merealisasikan kempen kali ini.
Jadi disinilah bermulanya idea bagaimana mereka melakukan apa yang brand fast food lain tak berani untuk melakukannya. Buat pertama kalinya KFC cuba untuk meng’hijack’ gaya hidup sihat dengan cara menggalakkkan orang ramai untuk bersenam dan makan dengan sihat.
Iklan ditayangkan melalui platform digital iaitu Search Engine Marketing (SEM) dan juga top trending carian berkenaan fitness di google dan disasarkan kepada golongan yang mahukan gaya hidup sihat. Ini sekaligus menjadikan iklan ini sebagai pemangkin ataupun motivasi buat mereka. Idea komunikasinya ialah KFC mahu mengingatkan mereka untuk bersungguh-sungguh ketika bersenam supaya boleh mendapatkan ganjaran utama iaitu Zinger Double Down.
Selain itu, iklan melalui radio turut dimainkan dan juga playlist Sportify seperti Fitness Enthusiasts, Runners dan Health Living. Mereka juga turut melancarkan siri webfilm di media sosial.
Lihat video ini untuk pemahaman yang lebih lanjut.
reference : naga ddb tribal,marketing magazine ,kancil award, hype.my