Jika terdengar atau berbicara mengenai perkataan ‘bundle’, pasti akan terlayang-layang dalam minda tentang barangan lusuh, kotor, sudah dipakai berkali-kali yang dijual semula. Malah ada yang beranggapan bahawa barangan sedemikan hanya “ngam” dengan golongan marhaen. Hal ini oleh kerana barangan tersebut dijual dengan harga murah. Ya, sangat murah dan mungkin ada yang ingat ianya tak berkualiti!

Bundle ditakrifkan sebagai beberapa buah atau kumpulan barang yang dikumpul bersama di suatu tempat. Ia juga terdefinisi seperti barang yang diikat, dibalut dalam bungkusan (1). Namun di Asia malah Malaysia sendiri, umum mengintepretasi bundle seumpama ‘longgokan barangan buangan’ yang kembali dijual. Mungkin ada benarnya kerana pada kebiasaannya barangan atau pakaian tersebut dijual dalam keadaan pukal atau longgok. Sementelah, Longgokan itu terdiri daripada alat perhiasan, beg tangan, kasut, pakaian dan pelbagai permainan kanak-kanak.

Retorik Permulaan Barangan Bundle di Dunia
Sebenarnya negara-negara besar seperti Amerika Syarikat, Jepun, United Kingdom dan Korea merupakan peneraju utama industri ini. Seperti yang diketahui, semua negara berkenaan mempunyai empat musim berbeza. Masyarakat di sana akan bertukar-tukar persalinan sesuai dengan keadaan dan cuaca. Justeru, terdapat lambakan pakaian mahupun barangan terpakai dikumpulkan pada akhir setiap musim (2).
Terkesan dengan perkara itu kebanyakan dari negara terbabit bertindak mendermakan dan mengeksport lebihan pakaian dan barangan terpakai ke negara luar. Di samping mengelakkan kadar pembuangan barangan lama dan pembaziran, perkara ini nyata membantu meningkatkan ekonomi sesebuah negara. Malah, berdasarkan kajian terbaru yang dijalankan pada tahun 2016 mendapati Malaysia merupakan antara pengimport tegar barangan tersebut.

Bundle Merupakan Industri ‘Terkaya‘ di Selatan Asia
Siapa sangka barang yang konon dianggap picisan mampu membawa keuntungan maksimal melebihi barang baru? Hal ini dibuktikan di Jepun melalui tinjauan yang dilakukan oleh akhbar tempatan Reuse Business Journal. Tinjauan tersebut mencatatkan keuntungan barangan terpakai sebanyak 1.77 trilion (yen) dari tahun 2009 sehingga 2016.
Malah Bloomberg yang merupakan salah satu media berpengaruh besar dalam sektor kewangan dunia turut mengakui tentang kebolehpasaran barangan terpakai ini.
Di sana, seorang suri rumah pun mampu menjana keuntungan berganda dengan hanya menjual barangan terpakai. Fakta ini turut diakui pengarah urusan sebuah syarikat menjual barangan yang menjelaskan bahawa barangan terpakai mampu memberikan 65% keuntungan berbanding barang baru (3).

Jepun bukan sahaja fokus kepada perhiasan dan pakaian malah turut menawarkan barangan seperti peralatan dapur, perabot, buku, dan alat elektronik. Hal ini mewujudkan kepelbagaian dalam pemilihan kepada pembeli. Kajian yang dilakukan oleh Institusi Penyelidikan MM (Jepun) menjangka sebanyak 2.45 telefon bimbit terpakai akan berjaya dijual menjelang tahun 2020.. Kementerian Ekonomi Jepun juga menganggarkan keuntungan industri barangan terpakai sebanyak 2.62 trilion (yen) dan akan terus meningkat dari tahun ke tahun (4).
Pandangan Rakyat Malaysia Tentang Barangan Bundle
Ada dalam kalangan masyarakat di sini yang menyatakan pendapat bahawa barangan terpakai adalah tidak standard dan tiada class. Manakala ada yang beranggapan barangan bundle ini cepat rosak, lusuh, tidak menarik, barangan terbuang dan pelbagai tanggapan negatif lain.
Antara Persepsi orang Ramai Mengenai Barangan Terpakai : Kotor dan Tidak Terseusun (Sumber : The Star)
Kebanyakan dari mereka sebenarnya mempunyai mentaliti seperti itu kerana terbiasa ‘menjamah’ kualiti teruk dari barangan terpakai sehingga tertanam di fikiran persepsi buruk.
Bagaimana Kami di Tams Idea Menukar Pandangan Masyarakat Tentang Bundle
Mungkin masih ramai yang bermentaliti bahawa bundle adalah barang murah bekas dipakai berkali-kali. Nah, fikirkan semula!
Kami di Tams Idea telah membuat sebuah video dokumentari bersempena dengan kempen pembukaan Bandoru. Video ini dikeluarkan pada bulan Oktober 2016 iaitu sebulan sebelum pembukaan butik preloved tersebut. Video dokumentari ini menceritakan ‘keajaiban perjalanan’ barangan terpakai dari sebuah negara ke negara yang lain. Video berdurasi 3 minit itu jelas memaparkan bagaimana barangan dan pakaian terpakai dari Jepun dieksport ke Malaysia menggunakan kapal. Kesemua barangan tersebut dihantar ke kilang pemprosesan milik Bandoru.

Bandoru merupakan salah satu pencetus awal yang memasarkan barangan terpakai dari Jepun. Ia mula menjadi sebutan dan fenomena dalam kalangan pencinta bundle di Malaysia sejak tahun 2016.

Di dalam video ini menceritakan semua proses satu per satu tanpa sembunyi agar masyarakat benar-benar maklum tentang prosedur tersebut. Barang yang tiba akan diasingkan terlebih dahulu.
Selepas disaring, kami fokuskan bahawa barangan ini dicuci dengan cecair khas supaya bersih dan diseterika agar lebih kemas. Setelah itu, staff terlatih akan melakukan proses pengasingan barang mengikut kategori. Barang-barang yang akan dijual kepada pelanggan disaring beberapa kali untuk memastikan kualiti barang di tahap terbaik (5).


Kami berjaya mengubah persepsi masyarakat Malaysia dengan menfaktabkan bukti dalam video bahawa bundle bukan barangan picisan tetapi ia adalah barangan berkualiti dengan harga yang mampu milik!

Tarikan Sinematografi Video Dokumentari ini Mencetus Fenomena
Walaupun singkat, namun sebuah video mampu melakukan perubahan besar jika dilakukan dengan baik. Seperti video dokumentari Bandoru yang kami hasilkan, gambar yang dipaparkan cukup jelas dan berlatar belakangkan audio (lagu) untuk menambah mood dan mesej yang cuba disampaikan. Malah video ini turut kami masukkan elemen keindahan negara Jepun di samping mahu meyakinkan masyarakat tentang asal barangan terpakai berkenaan.

Lebih manarik minat terutamanya golongan wanita apabila barangan berjenama seperti beg Louis Vuitton dipaparkan dalam video. Ini mampu membuktikan bahawa Bandoru bukan menjual barang basahan tetapi barang berkualiti butik jenama antarabangsa. Dapat juga didengar dalam video itu perkataan ‘original, berjenama dan berkualiti’ sentiasa diulang-ulang agar mesej yang cuba disampaikan kekal dalam ingatan dan hati para penonton.

Malahan, Bandoru juga buat pertama kalinya menampilkan tagline Bandoru iaitu ‘Better Than New’ yang kekal sehingga ke hari ini dengan menggunakan font tulisan yang besar supaya mesej dapat dilihat dan diingat oleh penonton. Kami telah memuat naik video promosi tersebut sebulan lebih awal untuk memastikan bahawa jenama atau syarikat itu dikenali dahulu dan menjadi sebutan orang ramai. Di samping itu, ia dapat menimbulkan rasa teruja dari kalangan masyarakat untuk mencari tahu mengenai jenama tersebut.
Apa Respon Daripada nitizen berkenaan Dari Video Dokumentari ini?
Kesan daripada video tersebut, Bandoru telah menjadi perhatian dan dikenali dalam kalangan masyarakat dengan sangat pantas. Yang paling menariknya video ini telah membuang terus persepsi masyarakat yang mengatakan pakaian bundle itu tidak berkualiti dan lusuh. Tidak disangka juga Bandoru itu sendiri telah berjaya menarik minat golongan wanita yang mana sebelum ini amat jarang untuk wanita untuk suka dengan pakaian bundle.
- Capaian lebih 23,483 orang di Facebook
- 1180 engagement di Facebook
- 103 komen di Facebook
- 445 likes di Facebook

Apa yang boleh kita anda pelajari dari kajian kes video ini, jika mahu memperkenal atau memasarkan sesuatu terutamanya dalam marketing, “value” ataupun nilai yang kita ingin sampaikan haruslah diterangkan dengan sejelas-jelasnya agar bakal pelanggan dapat merasai apa yang hendak kita sampaikan. Dalam video ini cara terbaik untuk menyampaikan sesuatu “value” kepada para pelanggan adalah dalam bentuk penceritaan “storytelling”
RUJUKAN
(1) Definition of Bundle. 2010. Sumber dipetik daripada https://dictionary.cambridge.org/dictionary/english/bundle
(2) Kim Gittleson. 2018. Used Clothes : Why is Worldwide Demand Declining? Sumber dipetik daripada https://www.bbc.com/news/business-42777804
(3) Shumpei Sakai. 2018. Japan’s Used Clothing Stores a Perfect Fit for Other Asian Markets. Sumber dipetik daripada https://asia.nikkei.com/Business/Business-Trends/Japan-s-used-clothing-stores-a-perfect-fit-for-other-Asian-markets
(4) TST. 2018. Market for Used Item Thriving in Japan. Sumber dipetik daripada https://www.straitstimes.com/asia/east-asia/market-for-used-items-thriving-in-japan
(5) Tams Idea. 2016. Bandoru Documentary. Sumber ditonton daripada https://www.youtube.com/watch?v=svKU1ls3bCs