Anda pernah dengar tentang Garsa Kitchen? Garsa Kitchen menjalankan satu perniagaan menjual pelbagai jenis sandwich yang menyelerakan. Ia bukan sekadar sandwich biasa-biasa yang selalu anda lihat, makan dan rasa. Garsa Kitchen menyediakan pelbagai jenis sandwich yang unik dan semestinya ENAK untuk dimakan pada bila-bila masa!
Pada masa kini, video pengiklanan memainkan peranan penting sebagai salah satu teknik dalam memperkenalkan sesuatu brand dan produk kepada pelanggan.
Adakah anda tahu melalui video pengiklanan, orang ramai akan lebih berminat dan tertarik untuk membeli produk anda?
Persepsi Orang Ramai Terhadap Brand Yang Tidak Menggunakan Video Pengiklanan
Antara persepsi awal pelanggan sebelum wujudnya video pengiklanan adalah mereka tidak dapat mengetahui cara yang betul produk itu berfungsi kerana tidak melihatnya secara visual.
‘Engagement’ antara produk dan pelanggan akan berkurang kerana tiada penyampaian berbentuk video bergerak yang mendorong pelanggan untuk ‘menjiwai’ produk yang dijual. Anda sendiri pasti tidak merasa puas jika hanya sekadar mendengar nama dan melihat gambar sahaja bukan?
Langkah Garsa Kitchen Untuk Menaikkan Brand Awareness
Garsa Kitchen telah melantik dengan Tams Idea bagi menghasilkan video pengiklanan mereka. Ia bertujuan untuk memperkenalkan dengan lebih teperinci tentang produk yang dijual . Jadi, pelanggan mereka akan lebih tertarik untuk membeli setelah melihat visual yang memaparkan bagaimana penghasilan sandwich yang LAZAT tersebut.
Video promosi Garsa Kitchen (Sumber: Tams Idea)
Sebenarnya, video amat membantu dalam menampakkan keaslian produk dan menyentuh jiwa setiap orang yang mellihatnya. Ia menimbulkan rasa lapar dan perasaan ingin mencuba sandwich Garsa Kitchen dengan segera. Selain itu, video promosi yang kreatif dan unik akan mampu meng’wow’kan ramai orang dan akhirnya meraih keuntungan yang berganda.
Pengaruh Hebat Video Pengiklanan Bantu Menaikkan Bisnes Anda
Pernahkah anda terfikir untuk membuat video pengiklanan sewaktu anda mula-mula mahu memperkenalkan produk anda kepada orang ramai? Mungkin ramai yang tidak perasan akan perubahan yang berlaku selepas video pengiklanan dihasilkan dan dipaparkan. Akan tetapi, ketahuilah bahawa dengan video iklan je, engagement antara produk dan pelanggan akan menjadi lebih kuat.
Penonton pastinya teruja melihat video yang dihasilkan 0leh Tams Idea yang menunjukkan proses membuat sandwish segar dari rumah!
Visual yang ditonjolkan dalam video turut memaparkan sayur bahan-bahan segar yang digunakan supaya dapat menimbulkan keyakinan kepada penonton tentang kesegaran bahan yang digunakan.
Warna-warna menarik dalam video turut menjadi nilai tambah dan tarikan kepada penonton yang melihatnya.
Tams Idea tidak lupa untuk menekankan logo syarikat ‘Garsa Kitchen’ di akhir video. Hal ini adalah untuk mengingatkan penonton tentang syarikat tersebut . Ia juga dapat ‘triggered’ penonton supaya mengambil tahu (search) tentang nama syarikat. Malah ia akan memudahkan para penonton untuk menghubungi syarikat ia secara terus sekiranya berminat untuk mendapatkan sesuatu produk.
Dalam dunia bisnes, setiap aspek mesti diambil berat terutama looks dan visual agar Branding sesuatu jenama cepat naik. Anda bukan sahaja akan menarik perhatian pelanggan malah pesaing anda juga akan turut terpukau dengan hasil yang anda lakukan.