Antara Penjenamaan dan Identiti

Mungkin masih ada yang terkeliru di antara penjenamaan dan identiti sesebuah produk dalam pemasaran. Perkara tersebut sebenarnya berada dalam kehidupan seharian cuma bergantung pada kepekaan kita untuk menyedarinya. Ia ada di pembungkus produk, laman web,  televisyen mahupun pada barangan peribadi seperti dokumen dan kad bisnes anda.

Contoh Logo Syarikat
Contoh Identiti Korporat (Letterhead, Kad Bisnes & sebagainya)

Secara mudah, penjenamaan adalah apa yang orang lain fikir tentang syarikat, perkhidmatan dan produk anda. Manakala identiti pula adalah apa yang ‘kelihatan’ dari jenama tersebut seperti logo, pemilihan warna dan sebagainya. Pemilihan bentuk, warna, font tulisan amat penting kerana ia akan digunakan dalam satu tempoh yang lama.

Logo-Logo Jenama Terkenal Dunia

Identiti Korporat

Kamus Dewan Edisi keempat mentakrifkan identiti sebagai sifat mahupun ciri-ciri yang terdapat pada sesuatu atau seseorang. Manakala korporat pula dikaitkan dengan syarikat atau perbadanan melalui imej sesebuah organisasi sebagai badan korporat yang sah disisi undang-undang.

Corporate identity adalah antara perkara penting untuk sesebuah syarikat dalam mengekalkan dan membina identiti syarikat sesuai dengan objektif perniagaan. Ia selalu divisualisasikan untuk menandakan syarikat tersebut seperti logo, design produk, slogan dan sebagainya.

Namun identiti korporat dalam pemasaran bukanlah sekadar logo dan nama sahaja. Ia digunakan sebagai satu komponen komunikasi dalam menerangkan identiti sesebuah syarikat. Perkara tersebut tentunya melibatkan konsep dan tema yang disasarkan oleh syarikat itu sendiri bagi menunjukkan ketidaksamaan identiti dan korporat dengan pesaing.

Dominasi Identiti Korporat Dalam Pemasaran

Dalam Corporate Identity: Making Business Strategy Visible Through Design, Wally Olins (1989) menyatakan bahawa sesebuah organisasi haruslah mempunyai identiti tersendiri. Ia perlulah terang dan jelas supaya dapat menjadi kayu pengukur terhadap produk, gelagat dan tindakan yang dilakukan.

Whetten (1995) menganggap bahawa setiap organinasi yang berjaya membina identiti yang kuat pasti akan dapat mempengaruhi persepsi persekitaraan. Contohnya seperti Colgate, Maggi, Clorox dan Milo. Sebut sahaja jenama tersebut, pastinya semua golongan dari muda sehingga tua mengetahui tentangnya.

Malah terdapat juga produk yang sama walaupun jenama berlainan disebut dengan menggunakan jenama berkenaan. Contohnya, produk yang paling dekat dengan kita iaitu ubat gigi. Perasan atau tidak, memang terdapat pelbagai jenis jenama ubat gigi di pasaran, namun masyarakat kita tetap akan menyebut ubat gigi sebagai ‘colgate’, walhal Colgate adalah jenama!

Begitu juga dengan beberapa jenama lain yang kerap kali dipanggil sebagai nama produk. Identiti jenama yang kuat semestinya menjadi penyebab utama perkara sebegini terjadi.

Kuasa Identiti Korporat Naikkan Jualan Di Laman Web

Kali ini, Tams Idea telah bekerjasama dengan Narinar iaitu sebuah syarikat pengeluar produk essential oil yang di khaskan kepada kanak-kanak. Narinar fokus menghasilkan penawar untuk melegakan selsema anak kecil dan kian giat menambah solusi masalah kepada ketidakselesaan perut, susah tidur, dan lain-lain

Mana ada perniagaan yang tiada dugaan bukan? Begitu juga Narinar, mereka sentiasa merasai bahang persaingan dengan ‘kepesatan’ perniagaan baru yang menjual produk seakan-akan sama seperti mereka. Oleh itu, Tams Idea telah menambah nilai syarikat mereka dengan meningkatkan identiti korporat.

Salah satu caranya adalah dengan menggunakan laman web mereka. Tams Idea telah membantu dari segi rekaan laman web supaya nampak lebih ‘class’ dan ekslusif. Narinar menggunakan tema warna biru dan putih yang sinonim dengan kelembutan serta melambangkan ketenangan di samping menonjolkan sifat professionalism jenama berkenaan.

Landing page Laman Web Narinar

Bukan itu sahaja, font dan warna yang digunakan di Website Narinar sangat menonjol untuk memudahkan penggunjung untuk membacanya. Kami juga memasukkan serba-sedikit cerita (pengenalan) mengenai produk yang ‘ditawarkan’ oleh Narinar. Sesetengah perkataan kami bold untuk menarik lebih perhatian pengunjung untuk membacanya.

Selain itu, pihak Narinar turut memuatnaik video content mengenai inspirasi penghasilan produk. Video ini juga telah dihasilkan oleh pihak Tams Idea yang berdurasi selama 2 minit. Visual berkenaan menceritakan tentang Epilepsi anak kecil yang dapat memberi ilmu baharu kepada para ibubapa di samping memperkenalkan produk mereka sebagai solusi.

Video sebenarnya dapat menarik trafik supaya berada lebih lama dalam website tersebut. Ia juga dapat meningkatkan identiti korporat sesuatu jenama berbanding dengan jenama yang lain.

Narinar juga mempamerkan produk-produk yang ingin dijual. Perkara ini sememangnya akan memudahkan para pelanggan untuk membeli kerana susunan gambar tersebut kelihatan berwarna-warni dan menarik. Produk Essential Oil itu diletakkan label, pernyataan dan harga membuatkan pelanggan berasa lebih senang untuk berurusan.

Mereka hanya perlu klik ‘add to chart’ dan membuat pembayaran. Hal ini semestinya menaikkan identiti korporat Narinar kerana pelanggan tidak perlu berurusan lama dengan berapa individu dan memakan masa. Pelanggan akan bertambah yakin dengan jenama tersebut kerana mempunyai medium berautoriti seperti laman web.

Di bahagian bawah website berkenaan, Tams Idea telah mencadangkan untuk meletakkan logo medium promosi Narinar seperti akhbar mahupun di televisyen. Apabila melihat logo terkenal seperti di atas, kepercayaan para pelanggan tentunya akan bertambah.  Ini dapat menukar lebih ramai penggunjung laman web kepada pelanggan kerana rasa teruja ingin mencuba sendiri ‘keajaiban’ produk tersebut.

 ‘Tembusi’ Semua Medium Untuk Tingkatkan Identiti Korporat 

Seorang peniaga perlulah ‘rajin’ menggunakan semua medium dan cara untuk menaikkan lagi brand awareness. Laman web perlu ‘dibina’ untuk menonjolkan nilai eksklusif serta mengukuhkan lagi identiti korporat jenama tersebut. Prospek juga akan lebih  yakin untuk berurusan dan bekerjasama dengan brand anda.

Tidak mustahil jenama anda akan menjadi jenama besar yang sentiasa disebut-sebut suatu hari nanti. Jangan berasa malu mahupun rendah diri sekiranya anda mempunyai perniagaan kecil kerana terdirinya menara hanya bermula dari sebutir pasir. Oleh itu, usahalah supaya peniagaan anda dikenali dan jenama anda dipercayai menggunakan kaedah atau teknik yang betul.

 

 

Leave A Comment

Say Something!
Say Hello!
You have your own vision for our marketing ut clueless on how to implement it? Worry not! We're to grow your brand.
Address
M-City, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur.
Contact Us
marketing[@]tamsidea.co
Say Hello!
You have your own vision for our marketing ut clueless on how to implement it? Worry not! We're to grow your brand.
Say Something!